Penyanyi dan usahawan, Shiha Zikir menegur tindakan segelintir individu yang mudah menjatuhkan hukuman terhadap individu lain hanya kerana jarang atau tidak menghadiri majlis ilmu.
Kata Shiha, adalah tidak wajar untuk seseorang menghakimi orang lain tanpa sebab yang kukuh.
“Kalau seseorang tu tak dapat datang usrah, tak bermakna dia tak belajar di tempat lain.
“Mungkin dia ada masalah yang kita tak tahu yang buatkan dia tak dapat hadir. Dan, mungkin juga dia ambil personal class yang lain, belajar online, jumpa guru-guru yang dia lebih selesa dan sebagainya.
“Kita doakan yang baik-baik dan sekurang-kurangnya berprasangka baik sahaja dengan semua orang.
“Ni janganlah sikit-sikit ‘lama tak belajar’. ntah-entah orang yang awaka sound tu lagi penuh ilmu di dada. Husnuzon, jangan judge!,” katanya.
Perkara itu dikongsi Shiha menerusi hantarna di platform Thread miliknya.

“Tak payah push, bising-bising dan perli”
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang dikongsikan pelantun lagu Renjana itu.






