am@hmetro.com.my
Kota Bharu: Seramai 343 orang termasuk penuntut baharu, ahli jawatankuasa (AJK) dan kakitangan orientasi sebuah kolej swasta di bandar ini disyaki terkena keracunan makanan, hari ini.
Wabak itu diisytiharkan pada jam 3 petang selepas diverifikasi hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan negeri Kelantan, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, wabak keracunan makanan di sebuah kolej di sini membabitkan 343 kes.
Katanya, ia membabitkan 134 pesakit dikesan semasa mereka datang untuk rawatan atau Passive Case Detection (PCD) dan 209 kes adalah pesakit dikesan oleh anggota kesihatan atau Active Case Detection (ACD).
“Gejala utama yang dialami termasuk sakit perut, cirit birit, pening, loya, muntah dan demam.
“Makanan yang disyaki adalah gulai ayam yang dinikmati semasa makan malam semalam yang disyaki disediakan oleh katering luar.
“Organisma yang disyaki adalah salmonella spp. Wabak diisytiharkan hari ini,” katanya di sini, malam ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd