[VIDEO] Gigih Jalani Rehearsal Menjelang Konsert Elite, Ramai Puji Suara Abby Abadi ‘Maintain’ Sedap

[VIDEO] Gigih Jalani Rehearsal Menjelang Konsert Elite, Ramai Puji Suara Abby Abadi ‘Maintain’ Sedap

Menjelang konsert yang akan berlangsung pada 20 September depan, kumpulan Elite kini sedang giat menjalani latihan termasuklah menghadiri kelas vokal di Sevoce Studio.

Menerusi perkongsian di TikTok, Abby bersama anggota Elite lain hadir bagi sesi kelas vokal tersebut.

Kata Abby, dia dan Elite sempat bersama untuk dua album sahaja manakala dua lagi album lain sangat asing baginya.

“Vokal kelas bersama Sevoce Studio. Saya sempat dua album sahaja dengan Elite. Maknanya, dua lagi album sangat asing bagi saya.

“Dengar lagu-lagu yang saya tak pernah nyanyikan dengan nak haal lirik rasa-rasa boleh ke tidak.

“Tiga tahun saya bersama Elite, 27 tahun berlalu.. jadinya saya tak sedar. 30 tahun dah bercampur semua sekali. Bagi can okay? Biar jadi kenangan untuk kami,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji suara milik salah seorang anggota kumpulan tersebut iaitu Abby Abadi  yang dikatakan masih sama seperti zaman kegemilangan mereka dahulu.

Malah, peminat juga meluahkan yeruja merek auntuk hadir padakonsert tersebut.

 

Scroll to Top