Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq menarik perhatian ramai apabila bertanyakan soalan berkenaan perkahwinan sekufu kepada pendakwah Ustaz Azhar Idrus.
Beliau bertanya adakah lebih afdhal lelaki dari keluarga Syed berkahwin hanya dengan Syarifah. Ini jawapan Ustaz Azhar Idrus.
Betul ke lebih afdhal Syed kahwin dengan Syarifah?
Syed Saddiq mengutarakan soalan berikut:
Dia ada sekumpulan keluarga, nak nak yang Syed Syarifah mengatakan perkahwinan lebih afdhal jika Syed dengan Syarifah dan Syarifah dengan Syed. Tetapi sefaham saya, pengetahuan saya sangat cetek dibandingkan dengan keluasan ilmu ustaz. Selagi orang itu orang Islam, baik, tidak salah dari segi hukum. Cuma bagaimana pandangan ustaz?
Menjawab persoalan itu, Ustaz Azhar Idrus menerangkan bahawa dalam Islam memang wujud konsep kufu dalam perkahwinan.
Ini bermaksud pasangan yang tidak setaraf boleh menyebabkan perkahwinan tidak sah jika pengantin perempuan tidak bersetuju.
Jawapan Ustaz Azhar Idrus
Jadi dalam perkara dijadikan kufu atau tidak termasuk keturunan. Dalam bab Syed Syarifah, kalau perkahwinan Syed dengan perempuan yang bukan Syarifah, hukumnya adalah harus. Yang jadi perselisihan Syarifah berkahwin dengan bukan Syed, jika Syarifah tu suka, hukumnya sah dia dikahwin oleh wali mujbir (bapa atau datuk lelaki). Kalau dia tidak suka, tak boleh bapa kahwinkan anaknya yang Syarifah dengan bukan Syed kerana bukan Syed tidak sekufu dengannya.
Menariknya, di akhir sesi tersebut, Ustaz Azhar secara berseloroh bertanya kepada Syed Saddiq sama ada pasangannya seorang Syarifah. Syed Saddiq jawab dengan senyuman:
Sebab itu saya tanya soalan ni, kalau tak saya tak tanya ustaz.
Perbualan tersebut bukan saja mengundang gelak ketawa, malah membuka perbincangan hangat netizen mengenai isu perkahwinan dan adat keturunan dalam Islam.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.