Penuntut UniSHAMs lemas ketika cuba selamatkan rakan

Penuntut UniSHAMs lemas ketika cuba selamatkan rakan

am@hmetro.com.my

Gurun: Penuntut Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, (UniSHAMs) Kuala Ketil ditemukan lemas ketika cuba menyelamatkan rakannya di air terjun Lata Bukit Dinding, Gunung Jerai, hari ini.

Mangsa, Muhammad Zaim Ikhwan Mohd Fauzi, 24, berasal dari Sungai Dedap, Yan.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, polis menerima maklumat kejadian jam 11.47 pagi.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, seramai tujuh individu daripada empat lelaki dan tiga wanita berkumpul di kaki Gunung Jerai (Kampung Sungai Kunyit) untuk mendaki jam 9.30 pagi.

“Sewaktu sampai di check point kawasan air terjun Bukit Dinding, seorang peserta wanita dipercayai lemas dan meminta pertolongan.

“Ketika itu ketua penunjuk arah dan mangsa cuba menyelamatkan peserta wanita itu.

“Namun, mereka mendapati mangsa tenggelam dan rakan menghubungi talian MERS999 untuk bantuan serta tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Hanyan berkata, mangsa ditemukan jam 2.30 petang dan dihantar ke unit forensik untuk proses pengecaman dan bedah siasat.

Difahamkan, dua rakannya berjaya diselamatkan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top