Pelakon, Yusuf Bahrin tampil menepis spekulasi liar yang mendakwa rumah tangganya bersama penyanyi popular, Zizi Kirana kini sedang bergolak.
Menegaskan hubungan mereka masih dalam keadaan baik, Yusuf berkata dia tidak mengetahui langsung mengenai dakwaan tersebut kerana tidak menggunakan aplikasi Threads.
“Alhamdulillah, hubungan kami okey. Saya memang tak ada akaun Threads, jadi saya tak tahu menahu tentang dakwaan itu.
“Setakat ini, semuanya baik. Saya tak mahu ulas panjang mengenai apa yang netizen katakan. Bagi saya, lebih baik saya okey-kan saja semua benda,” katanya memetik laporan Gempak.
Mengulas mengenai isu mereka saling tidak mengikuti di laman Instagram, Yusuf menyifatkan perkara itu bukan sesuatu yang baharu dalam perhubungan mereka.
“Saya rasa itu bukan isu pun. Mungkin ramai baru perasan, tapi sebenarnya dari dulu lagi memang saya tak follow dia, dan dia pun tak follow saya.
“Tak ada apa-apa pun sebenarnya. Saya pun tak tahu nak komen macam mana sebab orang luar baru tahu perkara ini. Jadi bila dah tersebar, saya nak buat apa? Saya okey saja, insya-Allah… doakan yang baik-baik,” jelasnya.
Sebelum ini, timbul spekulasi pasangan selebriti ini sedang berdepan kemelut rumah tangga selepas kedua-duanya dikatakan tidak lagi mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Malah, beberapa hantaran Zizi di aplikasi Threads juga menarik perhatian netizen apabila ia sarat dengan kata-kata yang seolah-olah meluahkan rasa hati dan penuh makna tersirat.
Sekadr info, Yusuf dan Zizi sah bergelar suami isteri pada 19 September 2021 selepas perkenalan mereka ketika menjayakan sebuah program hiburan.
Artikel Berkaitan: Isu Rumah Tangga Diperkatakan, Zizi Kirana Mohon Doa Yang Baik-Baik
Sumber: Gempak




