“Satu Sen Duit Aku Yang Kau Hidangkan Untuk Anak Bini Makan, Aku Haramkan!”- Azizul Ammar Dedah Bukti Jadi Mangsa ‘Hutang’ Stesen TV

“Satu Sen Duit Aku Yang Kau Hidangkan Untuk Anak Bini Makan, Aku Haramkan!”- Azizul Ammar Dedah Bukti Jadi Mangsa ‘Hutang’ Stesen TV

Susulan isu bayaran tertunggak melibatkan pelawak dan pelakon Amir Raja Lawak yang menuntut pembayaran berjumlah RM18,000 daripada sebuah stesen televisyen bagi menampung kos rawatan bapanya, kini pelakon dan pengacara, Azizul Ammar turut tampil bersuara.

Azizul Ammar yang juga anggota kumpulan lawak Titan itu meluahkan rasa kecewa apabila dia juga menjadi mangsa ‘hutang’ stesen televisyen sama, yang didakwa masih belum menjelaskan bayaran atas komitmennya sebelum ini.

Menerusi pemerhatian XTRA, Ammar kelihatan berkongsi beberapa hantaran menerusi ruangan Instagram Story miliknya terhadap tindakan tidak bertanggungjawab pihak berkenaan.

“Saya pun masih ada pending payment daripada stesen televisyen daripada program Mic On.

“Bila nak settle tanya orang finance dia pass sahaja dekat orang lain. WhatsApp owner TV memang terus tak reply.

“Aku jenis tak nak klasifikasi manusia ni jatuh kategori apa. Tapi kau orang baca keadaan sekeliling. Tak bayar langsung hak-hak orang.

“Buat rileks, buat tenang entah bila nak selesaikan. Hak pekerja pun ada yang culas. Bagilah apa story telling dekar mereka, kau orang ingat dia nak peduli ke? Bukan manusia macam tu,” katanya.

Dalam pada itu, Ammar juga turut mendedahkan bukti berupa hantaran WhatssApp yang dikirimkan kepada pemilik stesen televisyen berkenaan namun, sehingga kini masih tidak berbalas.

“Sidai is real. Kenapa orang kaya terus kekal kaya sebab dia pentingkan diri sendiri je. Perut sendiri, aniaya orang, pijak orang. Ramai cable legal yang power.

“Semoga dapat balasan setimpal dengan segala perbuatan aniaya kau. Sesen duit aku yang kau hidangkan atau bagi anak bini kau makan, aku haramkan!

“Selamat malam manusia tiada hati perut. Ayat syaitan bertopengkan manusia tu betul.

“Dengar cerita last year beli gitar Gibson ya? Dengar cerita puluh ribu. Nak buat opening untuk konsert Mt Chemical Romance ke?,” jelasnya.

 

 

Scroll to Top