Terkini! Hibah RM1 Juta Kekal Milik Isteri, Keluarga Arwah Suami Gagal Cabar Tuntutan | Trending – Oh! Media

Terkini! Hibah RM1 Juta Kekal Milik Isteri, Keluarga Arwah Suami Gagal Cabar Tuntutan | Trending – Oh! Media

Trending

Kes hibah RM1 juta yang kecoh sebelum ini akhirnya selesai, sah milik balu!


Nampaknya kemelut tuntutan hibah takaful berjumlah RM1 juta yang sebelum ini mencetuskan perdebatan hangat akhirnya menemui titik noktah.

BACA: “Penerima Hibah Itu Kakak Saya” – Ini Kronologi Penuh Kes Hibah Takaful RM1 Juta

Menerusi satu perkongsian di akaun Threads, Shahrul Sabri memaklumkan bahawa kes tersebut telah selesai dan hibah itu kekal menjadi milik si isteri.

“Kes selesai, hibah kekal milik isteri”

Difahamkan, si isteri dalam kes ini adalah kakaknya sendiri dan abang ipar yang meninggal dunia adalah client beliau.

Hibah
Hibah

Terdahulu, tular di media sosial ibu bapa arwah suami membuat permohonan di mahkamah supaya wang hibah RM1 juta yang dianugerahkan kepada isteri dan anak-anak diagihkan mengikut faraid.

Pada awalnya, Mahkamah Tinggi Syariah memutuskan hibah bersyarat itu adalah sah dan pampasan kekal milik balu.

Kes viral sebelum ini

Faraid

Namun, ibu bapa melawan dan membawa kes ke Mahkamah Tinggi Sivil. Tanpa disangka, Mahkamah Sivil membuat keputusan yang bertentangan dengan Mahkamah Syariah iaitu memutuskan hibah tersebut tidak sah dari sudut undang-undang sivil dan wang pampasan itu perlu diagihkan mengikut faraid.

Paling mengejutkan, keputusan itu dibuat tanpa kehadiran balu sebagai responden. Balu tersebut dikatakan tidak tahu menahu langsung mengenai kes itu sehingga keputusan dibuat.

Berdasarkan keputusan terbaru, mahkamah menolak cabaran tersebut dan mengiktiraf hibah itu sah serta kekal milik balu arwah.

Pssttt! Kes ini patut dijadikan pengajaran kepada semua agar lebih jelas tentang konsep hibah dalam takaful. Hibah adalah hadiah yang diberikan semasa hidup dan sah jika didokumenkan dengan betul. Janganlah kita menambah derita orang yang baru kehilangan pasangan dengan perebutan harta. Hormatilah amanah yang ditinggalkan.

Kredit: Thread Shahrul Sabri
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top