Haqimi Azim laung amaran- "Jangan ambil mudah lawan Indonesi!"

Haqimi Azim laung amaran- "Jangan ambil mudah lawan Indonesi!"

firdaushashim@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyerang skuad bawah 23 (B-23) tahun negara, Haqimi Azim Rosli mengingatkan rakan sepasukannya aksi berdepan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) di Jakarta, Indonesia malam esok bukan mudah.

Katanya, kesemua pemain perlu memberi sepenuh jiwa dan raga dalam aksi terakhir Kumpulan A itu dalam misi untuk layak ke separuh akhir Piala AFF B-23 kali ini.

“Menentang Indonesia nanti kita orang tak boleh ambil mudah. Jadi lepas perlawanan (selepas aksi dengan Brunei) ini, kita orang kena kembali cergas dan buat persiapan dan latihan.

“Kita kena bersedia dan kami akan ikut apa yang jurulatih nak,” kata pemain muda yang kini beraksi bersama Kuala Lumpur City FC (KL City) dalam saingan Liga Malaysia itu.

Haqimi bakal menjadi sandaran utama skuad Harimau Muda di jentera hadapan bagi merobek gawang skuad Garuda.

Malah, sumbangan dua golnya ketika membantu pasukan membelasah Brunei 7-1 pada aksi kedua Jumaat lalu nyata menaikkan keyakinannya yang dijangka bergandingan bersama Fergus Tierney.

Ditanya mengenai kehadiran ribuan penyokong tuan rumah, Haqimi percaya pasukan negara tidak akan gentar dan bersedia untuk mencipta kejutan.

“Menentang Indonesia nanti kita orang akan buat yang terbaik dan main di depan penyokong tuan rumah kita orang tak boleh nak ambil mudah.

“Kita orang akan buat yang terbaik dan kita orang akan beri 100 peratus nanti. InsyaAllah kita akan buat terbaik,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top