Oh! Artis
Firdaus Ghufran dedah pernah dibuli 8 individu termasuk seorang pelakon terkenal ketika penggambaran di Sarawak.
Pelakon muda, Firdaus Ghufran mengejutkan ramai apabila mendedahkan dirinya pernah dibuli ketika menjalani penggambaran di Sarawak pada tahun lalu.
Menurut laporan mStar, Firdaus berkata yang salah seorang daripada lapan individu yang membulinya merupakan seorang pelakon terkenal yang pernah rapat dengannya sejak kecil.
Saya dibuli oleh lapan orang dan salah seorangnya merupakan pelakon. Saya tak mahu sebut nama sebab nanti saya akan dedahkan dia.
Pelakon terkenal turut membuli

Firdaus berkata konflik tersebut sepatutnya boleh diselesaikan secara matang, namun pelakon terbabit memilih jalan kekerasan.
Sepatutnya boleh saja bincang dengan elok, tapi dia guna kekerasan. Kami dah berkawan lama, dari kecil lagi sama-sama pelakon kanak-kanak.
Walaupun sudah lama mengenali pelakon tersebut, Firdaus mengakui dirinya kecewa dengan sikap ego yang ditunjukkan oleh individu terbabit yang masih enggan meminta maaf hingga ke hari ini.
“Saya pun ada ego juga” – Firdaus Ghufran

Menurut Firdaus, dia sudah mencuba menyelesaikan isu secara damai, namun tidak mendapat kerjasama.
Saya dah suruh dia minta maaf tapi dia masih ego. Tak mengapa… kalau dia ego, saya pun ada ego juga.
Firdaus turut mengakui mungkin ada keterlanjuran dalam kata-katanya sebelum ini, namun tetap ingat segala yang dikatakan dan tidak menyangka akan diperlakukan sedemikian rupa oleh seseorang yang dikenali sejak kecil.
Pssttt! Persahabatan yang dibina sejak kecil boleh musnah hanya kerana ego dan kekerasan. Dalam apa jua konflik, pilih jalan damai dan saling hormat menghormati.
Kredit: mStar
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.