“Real Muslimah” – Dahlia Rizal Dipuji Bersukan Pakai Baju Longgar

“Real Muslimah” – Dahlia Rizal Dipuji Bersukan Pakai Baju Longgar

Perkongsian pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal menjadi perhatian apabila memuat naik videonya bersukan selepas dua bulan melahirkan cahaya mata sulung.

Menerusi hantaran tersebut, Dahlia dilihat bermain sukan ‘pickleball’ sambil mengenakan pakaian berwarna hitam.

BACA: Dahlia Rizal Terharu Suami Bagi Pakai Kad Debit Untuk Shopping

Diruangan komen rata-rata netizen memuji dengan penampilan Dahlia yang tetap tampil sopan dan mengenakan pakaian longgar meskipun sedang bersukan.

Tidak kurang juga ada yang mengatakan siapa kata bersukan perlu tampil dengan pakaian ketat serta ada yang meminta Dahlia berkongsikan dari mana dia dapatkan pakaian sukannya itu.

Sementara itu, ada yang melabel Dahlia ‘real muslimah’ kerana masih menjaga aurat meskipun bersukan serta boleh menjadi inspirasi buat wanita diluar sana.


Scroll to Top