Tak Perlu Bawa Laptop Atau Tablet, vivo X Fold5 Hadir Dengan Ciri Yang Memudahkan Setiap Urusan Kerja! | Branded – Oh! Media

Tak Perlu Bawa Laptop Atau Tablet, vivo X Fold5 Hadir Dengan Ciri Yang Memudahkan Setiap Urusan Kerja! | Branded – Oh! Media

Zaman sekarang ni, ramai orang boleh buat kerja di mana-mana saja, tak kira masa betul tak? Ada yang buat kerja dekat cafe, perpustakaan, rumah, dan kedai mamak pun ada tau! 

Haa, kerja hybrid ni bunyi macam seronok kan? Hakikatnya, kita kena sentiasa bawa laptop atau tablet ke mana saja untuk melakukan tugasan.

Tapi, tahu tak, dengan vivo X Fold5, korang tak perlu bersusah payah bawa laptop atau tablet ke mana-mana, sebab banyak ciri yang sangat berguna untuk korang yang bekerja hybrid. 

Bunyi macam baguskan? Kalau korang nak tahu apa kelebihan yang ada pada vivo X Fold5 ni, meh sini kami kongsikan lebih lanjut!


vivo X Fold5 Lebih Mementingkan Pengalaman Yang Efisien Buat Pengguna

Kalau korang nak tahu, vivo X Fold5 ini direka khas untuk memudahkan segala urusan, daripada menyiapkan tugasan kerja sehingga akses segara pada peranti tau. 

Dengan adanya ciri Origin Workbench, korang boleh menyiapkan pelbagai kerja dengan lebih mudah dan efisien, sebab ia membenarkan korang untuk buka 5 aplikasi berbeza dalam satu masa. 

Menariknya, kesemua aplikasi tersebut akan terpapar pada skrin yang sama dan korang boleh susun mengikut keutamaan. Macam ni barulah seronok nak multitask betul tak?

Bukan itu saja, vivo X Fold5 ini juga memudahkan korang untuk dapatkan akses segara pada peranti dengan hanya satu butang, dan ia boleh disuaikan mengikut keperluan, sama ada akses kepada Kamera, Nota, Recorder, Flashlight, atau aplikasi lain. Senangkan?

Tak cukup dengan itu, vivo X Fold5 ini juga didatangkan khas dengan ciri-ciri AI Enhancement bagi memudahkan lagi setiap urusan dan keperluan korang. Antaranya: 

1. Smart Call Assistant

Komunikasi antara bahasa yang berbeza lebih mudah untuk difahami dengan bantuan Smart Call Assistant, di mana ia dapat membantu menterjemah dan membaca setiap terjemahan perkataan semasa panggilan berlangsung. 

Apabila panggilan tamat, AI Smart Summary akan menyediakan rumusan supaya korang tak terlepas sebarang informasi penting. Baguskan? 

Antara bahasa yang disokong untuk terjemahan adalah Bahasa Inggeris, Hindi, Thailand, Indonesia, Cina Mudah dan Tradisional, Melayu, Arab, Sepanyol,  Turki, Jerman, Jepun, Korea, dan Filipina. 

2. AI Captions

Untuk AI Captions pula, ia berupaya untuk mengesan secara automatik bahasa dan menukar pertuturan kepada teks pada masa yang sama, semasa panggilan telefon, mesyuarat dalam talian, atau senario audio dan video. Mudahkan?

Jadi, kalau korang ada meeting dengan klien yang memerlukan penterjemahan, korang dah tak perlu risau lagi! Ciri ini boleh bantu korang, siap ada ringkasan lagi!

3. vivo DocMaster

Satu lagi ciri yang akan memudahkan korang untuk melakukan kerja tak kira masa dan tempat adalah vivo DocMaster, di mana korang boleh buka, lihat dan tukar pelbagai format dokumen termasuk Word, Excel, PowerPoint, TXT, PDF, CAD, Markdown, Visio, dan Xmind. 

Nak tukar fail seperti PDF, Word dan PowerPoint kepada gambar? Pun boleh buat tau! 

Bukan setakat itu, ciri ini juga boleh menukar format untuk dokumen dalam pelbagai bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Hindi, Thai, Melayu, Filipino dan Bahasa Cina Tradisional. 

4. Snap Text

Haa, kalau korang perlu catat informasi penting daripada visual, dokumen atau gambar dengan segera, korang tak perlu susah-susah buka aplikasi Nota atau bawa kertas dan pen. Guna saja Snap Text, jimat masa!

Ciri ini membantu korang untuk imbas dan catat segala perkataan atau ayat yang diperlukan dengan mudah tau.

5. AI Screen Translation

Siapa yang selalu mengalami kesukaran untuk menterjemah artikel atau laman web, guna saja ciri AI Screen Translation! 

Ciri ini sememangnya dah ada pada Google Lens dengan penambahan entri bar sisi. Jadi, bila korang tengah baca artikel atau laman web yang memerlukan penterjemahan, korang hanya klik saja pada bar sisi tersebut dan ia akan bantu terjemah halaman semasa korang. Bestkan? 

Lagi best, ciri ini boleh bantu menterjemahkan lebih kurang 132 bahasa! Bagusnya, lepas ni korang boleh dapatkan informasi atau berita antarabangsa dengan lebih mudah.

6. Google Gemini

Ciri terakhir yang ada pada vivo X Fold5 yang akan membantu korang daripada pelbagai aspek adalah Google Gemini. Menerusi ciri ini, korang boleh:

– screen context: bantu beri konteks untuk perkara yang tertera pada skrin

– connected apps: bantu mencari dan kongsi maklumat merentasi aplikasi dengan lebih mudah dan pantas

– Gemini Live: lebih mudah untuk melakukan perbincangan tentang sesuatu perkara

– image generation: jana imej yang diinginkan dan kongsi imej tersebut merentasi aplikasi

Haa, banyakkan ciri berguna untuk korang yang perlu bekerja hybrid? Kalau tanya kami, sejujurnya memang berbaloi sangat untuk dapatkan vivo X Fold5 ni sebab ia boleh jadi telefon pintar, dalam masa yang sama korang boleh jadikan ia sebagai peranti untuk bekerja. 

Ultra-Ringan & Sleek, vivo X Fold5 Beri Pengalaman Premium Buat Pengguna

Kalau korang nak tahu, vivo X Fold5 adalah peranti ultra-ringan pertama vivo Malaysia, seringan buku nota saja tau! 

Bukan itu saja, telefon boleh lipat ini direka dengan bingkai logam timbul dan melengkung, menjadikan ianya selesa untuk dipegang.

Paling best, rekaan vivo X Fold5 ini juga tampak sleek dan premium, dengan dua warna menawan iaitu Titanium Gray dan Feather White, yang akan menyerlahkan lagi aura korang.

Bermula 29 Julai 2025, buat pra-tempahan untuk menikmati hadiah percuma bernilai RM3,196, 1+1 Tahun Waranti Lanjutan, 1 Tahun Waranti Perlindungan Skrin, Perkhidmatan Waranti Antarabangsa, Magnetic Gift Set dan TWS 3e, diskaun 30% PWP untuk Watch GT, dan 0% untuk faedah pelan ansuran! Banyaknya! 

Bukan itu saja, nikmati juga promosi pelan pembayaran ansuran sehingga 24 bulan dengan 0% kadar faedah, pulangan tunai dengan Affin Bank, serta rebat berjumlah RM100 dan 5x mata ganjaran AFFIN.

Selain itu, manfaatkan terdapat juga promosi untuk trade-in peranti dan rebat istimewa sehingga RM200. 

Tak cukup dengan itu, korang juga boleh dapatkan vivo X Fold5 dengan beli sekarang, bayar kemudian dengan menerusi pelan berikut: 

Grab Paylater: diskaun RM60 dengan perbelanjaan minimum RM550, serta 0% ansuran selama 4 bulan

SPayLater: pelan ansuran sehingga 12 bulan

Fuhh, banyak betul tawaran dan kelonggaran yang korang boleh nikmati untuk dapatkan vivo X Fold5 ni! Jadi, tunggu apa lagi, dapatkan sekarang!

Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top