Lepas hampir setahun menyembunyikan wajah si kecil, akhirnya MK K-Clique membuat kejutan manis apabila mendedahkan wajah anak perempuannya, Aya Rayana, sempena sambutan hari lahir ke-29 yang diraikan di atas pentas sebuah konsert di Putrajaya, Jumaat lalu.
Dedah wajah anak waktu naik pentas
Menerusi rakaman yang tular di platform TikTok, MK dilihat menggendong Aya Rayana sambil menyapa penonton yang hadir sehingga mendapat sorakan daripada orang ramai.
Dedah wajah anak sebelum potong kek hari lahir
Tindakan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sudah tentu mengejutkan peminat apabila membawa anaknya naik ke pentas sebelum memotong kek ulang tahun, sekali gus berkongsi wajah puteri sulungnya yang kini berusia 11 bulan kepada umum.
“MK K-Clique bawa anak atas pentas, sebelum memotong kek hari lahir ke-29,” tulis kapsyen dalam video tular di TikTok.
Serupa dengan bapa dia
Gelagat comel Aya Rayana nyata mencuri perhatian ramai memandangkan ia adalah kali pertama penyanyi itu berkongsi wajah anak tersayang kepada umu,.
Ruangan komen dibanjiri pujian netizen yang memuji kecomelan si kecil itu serta menganggap Aya sangat bertuah mempunyai bapa yang penyayang dan popular.
Langsung tak takut atas pentas ye
Comel betul anak MK
Suami isteri tak tunjuk wajah anak, sekali tunjuk terus atas pentas
Artikel lain: Lepas sebulan dilahirkan, MK K-Clique pilih nama Aya Rayana buat puteri sulung
Untuk info, MK mendirikan rumah tangga dengan Siti Hajaar pada 16 Jun 2023 dan pasangan ini dikurniakan Aya Rayana pada Ogos tahun lalu.
Sumber: TikTok mistahery