Trending
Dua lelaki ditahan selepas menyebat patung mirip Anwar Ibrahim di Dataran Merdeka. Perbuatan tular itu kini disiasat polis Bukit Aman.
Dua lelaki tempatan masing-masing berusia 21 dan 47 tahun ditahan pihak polis selepas menyebat patung menyerupai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu perhimpunan di Dataran Merdeka, Sabtu lepas.
Menurut laporanĀ Harian Metro, perbuatan itu bukan saja biadab, malah turut dirakam dan dimuat naik ke media sosial sehingga mencetuskan kecaman netizen dan perhatian pihak berkuasa.
Polis jalankan siasatan kes sebat patung menyerupai Anwar Ibrahim

Siasatan dijalankan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), JSJ Bukit Aman. Permohonan reman juga akan dibuat secepat mungkin dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Peralatan komunikasi yang dipercayai digunakan untuk memuat naik serta menghantar maklumat berkaitan insiden turut dirampas.
PDRM tak akan kompromi!

PDRM turut mengingatkan orang ramai agar bijak menggunakan media sosial dan tidak menyebarkan kandungan yang bersifat hasutan atau boleh menjejaskan ketenteraman awam.
Tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja mengganggu ketenteraman serta keselamatan awam.
Pssttt! Gunakan kebebasan bersuara dengan berhemah. Tindakan melampau bukan saja memburukkan keadaan, malah boleh mengundang padah kepada diri sendiri dan masyarakat.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.