Peguam yang mewakili pelakon Hafidz Roshdi iaitu Datuk Akberdin Abdul memaklumkan, Nurul Shuhada Mat Shukri telah melanggar perintah yang memberikan keizinan kepada anak guamnya untuk melawat anak-anak mereka.
Memetik Harian Metro, hak jagaan interim diberikan kepada Syuhada namun ketika cuti sekolah pula diberikan kepada Hafidz namun perintah tersebut tidak dipatuhi.
BACA: “Nak Jumpa Anak Sila Datang Australia” – Shuhada Dakwa Hafidz Roshdi Cakap Berbelit
.”Sebelum ni, sejak 30 April, mahkamah memberi perintah interim hadanah kepada Syuhada dan memberi kepada Hafidz hak untuk melawat anak-anak.
“Sewaktu cuti sekolah, hakim dah bagi perintah yang spesifik bahawa Shuhada kena serahkan kepada dia masa cuti sekolah selepas itu, tapi itu pun tidak dipatuhi.
“Jadi, perkara ini pun sudah dimaklumkan kepada mahkamah. Pendek kata, sejak Ogos 2023 sehingga hari ini, Hafidz atau keluarganya tak pernah berjumpa dengan kedua-dua anak, Humairah dan Umar.
“Mahkamah mungkin beri dia peluang untuk dia balik, sebab itu, hak jagaan interim itu diberikan kepada Syuhada dan hak lawatan masa cuti sekolah diberikan kepada Hafidz selepas 30 April itu. Tapi, itu pun dia tak patuhi. Jadi, dia macam tak ambil peduli sama sekali dengan proses mahkamah di sini,” katanya.
Difahamkan, semalam Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan tarikh 30 September untuk keputusan tuntutan hadanah Hafidz yang menuntut hak penjagaan ke atas dua anaknya, Humairah dan Umar.
Menurut peguam, Hafidz bersama dua saksi sudah memberikan keterangan dan pihaknya memohon kepada mahkamah untuk meneruskan kes ini memandangkan Nurul Shuhada tidak hadir.
“Alhamdulillah tadi perbicaraan penuh untuk tuntutan hadanah penuh dah selesai. Hafidz dah bagi keterangan dengan dua orang saksi dan mahkamah berikan satu tarikh untuk masuk hujah bertulis dan keputusan.
“Jadi, memang Syuhada tak datang dan tak ada apa-apa penjelasan atau apa-apa diberi melalui surat dan sebagainya. Tak ada apa-apa.
“Jadi, bererti dia memang tak ambil peduli langsunglah. Saya pun mohon untuk kes diteruskan tanpa kehadiran dia dan mahkamah pun benarkan. Hafidz dah bagi keterangan diikuti saksi pertama, saksi kedua. Kita panggil dua orang saksi,” katanya.
Sumber: Harian Metro




