Usahawan terkenal, Haliza Maysuri meluahkan pengalaman perit yang dialaminya sejak memulakan perniagaan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa sihir dan gangguan mistik yang berpanjangan.
Haliza mendedahkan dirinya pernah dihantar sihir termasuk gangguan seperti ular hitam muncul di rumah, lipan bara merayap dalam bilik dan bau kapur busuk di pintu butik miliknya.
Sakit tak dapat dikesan doktor, tapi tetap kuat berjuang
Haliza turut berkongsi bahawa dia pernah mengalami sakit yang tidak dapat dikenal pasti oleh doktor dan sering jatuh pengsan tanpa sebab.
@halizamaysuri Puan Haliza, jgn selalu post gambar/video Nanti kena ain. Jangan live sangat, nanti kena sihir. Saya dah biasa dengar. Tapi saya nak beritahu satu perkara Sejak mula berniaga, bukan saja ain sihir pun saya dah lalui. Ular hitam berkali2 masuk rumah. Lipan bara merayap dalam bilik. Tanah kubur bertabur depan butik. Air berbau kapur barus basahi pintu kedai saya. Busung. Mimpi ngeri. Sakit yang tak dapat dikesan doktor. Bertahun saya terlantar. Pengsan dg tiba2 bagai ada tenanga yg begitu kuat menolok tubuh saya,sering kali berlaku malah sampai ke hari ini. Tapi saya percaya… kalau Allah tak izinkan, takkan semua itu berlaku. Jadi saya tak takut. Bukan sebab saya kuat, tapi sebab saya yakin setiap ujian datang dengan hikmah. Dan bila kita mampu lepasi ujian itu di situlah letaknya nilai kejayaan sebenar. Prinsip saya mudah Orang berjaya bukan yg banyak hartanya. Bukan juga yang besar namanya. Tapi yang mampu melepasi ujian demi ujian dengan hati yang tetap bersandar pada Tuhan. Dan bila ada yang nasihat saya, Jangan tunjuk muka, jangan buat live. Saya tanya semula kalau saya tak buat semua itu, macam mana orang nak nampak produk kita? Sekarang ni media sosial adalah butik kita. Kalau saya diam, tak buat konten, tak perkenalkan diri orang tak kenal siapa saya. Bila orang tak kenal, macam mana nak yakin untuk membeli? Jadi bila org suruh kita diam, itu sebenarnya seperti tutup periuk nasi kita.Faham tak? Kadang2 sihir pun dihantar supaya kita berhenti meniaga. Akhirnya kita sendiri yang tutup perniagaan kita kerana takut. Saya pilih untuk terus berniaga. Terus berjuang. Dengan izin Allah. Dan saya tak pernah berhenti berdoa agar saya dan sesiapa yang sedang diuji seperti saya terus kuat dan terus berniaga. Kerana Sembilan daripada sepuluh bahagian rezeki adalah melalui perniagaan. @HalizamaysuriHQ
Bertahun saya terlantar. Pengsan dan tiba-tiba bagai ada tenaga yang begitu kuat menolak tubuh saya, sering kali berlaku malah sampai ke hari ini.
Namun begitu, dia tetap yakin bahawa semua ujian ini berlaku dengan izin Allah dan enggan tunduk kepada ketakutan.
Saya tak takut. Bukan sebab saya kuat, tapi sebab saya yakin setiap ujian datang dengan hikmah.
Media sosial adalah butik, jangan suruh usahawan diam

Dalam masa sama, Haliza turut menjawab kritikan sesetengah pihak yang menasihatinya supaya tidak terlalu aktif di media sosial kononnya takut terkena sihir lagi.
Sekarang ni media sosial adalah butik kita. Bila orang tak kenal, macam mana nak yakin untuk membeli?
Tegasnya, jika usahawan tidak tampil memperkenalkan diri dan produk di media sosial, bagaimana masyarakat mahu mengenali dan yakin untuk membeli.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.