Pas Mohon Maaf Buat Ramai Salah Faham Terhadap Anwar Ibrahim | Trending – Oh! Media

Pas Mohon Maaf Buat Ramai Salah Faham Terhadap Anwar Ibrahim | Trending – Oh! Media

Trending

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim mohon maaf.


Tular di media sosial apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan memakai batik Indonesia semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen.

Menurut laporan Kosmo, pengasas Bujins Batik tampil menafikan dakwaan tersebut dan mengakui baju batik yang dipakai adalah hasil rekaan tempatan sepenuhnya!

Batik Anwar Ibrahim cetus salah faham

Anwar Ibrahim

Dalam satu hantaran Facebook rasmi butik berkenaan, pengasas Bujins meluahkan rasa bangga dan terharu:

Bangga melihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memakai baju batik hasil karya Bujins pada sesi pembentangan RMK13 di Parlimen pagi ini.

Difahamkan, batik itu adalah buatan tangan dari butik Bujins di Tunjung, Kelantan, meskipun rekaannya berinspirasikan motif dari Indonesia.

Ini bukan penampilan pertama Anwar dengan busana dari Bujins. Beliau turut memakai batik jenama itu semasa lawatan ke Indonesia, sekali gus memperlihatkan sokongan berterusan terhadap produk tempatan.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu mohon maaf

Amzad Hashim

Dakwaan asal datang daripada Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim yang mendakwa batik itu dari Indonesia. Namun, beliau segera padam kenyataan dan memohon maaf.

Yang ini memang salah saya dan perlu betulkan segera.

Pssttt! Sebelum buat tuduhan, semak fakta dahulu. Sokonglah produk tempatan kerana di sebalik setiap rekaan, ada usaha dan identiti bangsa yang dibawa ke pentas dunia.

Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top