Pelakon, Nelydia Senrose menjadi sebutan hangat di media sosial susulan watak dalam drama terbarunya, Seindah Hujan Cinta sebagai seorang isteri antagonis.
Berdasarkan ruangan komen hantaran drama tersebut di media sosial, rata-rata netizen memuji watak Nelydia atau nama lengkapnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 31, yang berjaya memegang watak jahat.
Ramai dalam kalangan netizen seakan ‘menyampah’ terhadap wataknya yang juga mempunyai madu dilakonkan oleh aktres, Ezzanie Jasny.





Sebelum ini, adik kepada selebriti, Uqasha Senrose ini berkata dia mahu mengambil watak yang mencabar bakat dan emosi seorang pelakon, selain turut terbuka untuk membawa karakter seorang penyondol.
Artikel Berkaitan: Selalu Bawa Watak Sedih, Wanita Teraniaya… Nelydia Senrose Kini Nak Cabar Diri – “Saya Tiada Masalah Bawa Watak Penyondol”
Selain Nelydia dan Ezzanie, drama Seindah Hujan Cinta ini juga dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti, Yusof Bahrin, Hariz Hamdan, Fadilah Mansor, Zulkifli Ismail dan Normah Damanhuri.
Seindah Hujan Cinta bukan sekadar drama tentang cinta tiga segi atau poligami. Ia menyelami pergolakan batin wanita yang tersepit antara impian kerjaya dan naluri keibuan, perjuangan seorang suami untuk berlaku adil, serta pengorbanan seorang adik angkat demi kesetiaan dan budi.
Merangkumi 28 episod, Seindah Hujan Cinta telah mula bersiaran pada 21 Julai lalu secara eksklusif di Tonton setiap hari Isnin hingga Khamis.
Artikel Berkaitan: Gandingan Nelydia Senrose, Yusuf Bahrin, Ezzanie Jasny & Hariz Hamdan Pacu ‘Seindah Hujan Cinta’, Bersiaran Secara Eksklusif di Tonton!




