Pelakon sensasi, Sophia Albarakbah berkata dia tidak berkecil hati mahupun rasa disindir susulan tular video menerima anugerah daripada penyampai iaitu Bella Astillah di pentas Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) malam tadi.
Memetik Utusan, Sophia berkata dia tidak melihat situasi tersebut sebagai sesuatu yang janggal sebaliknya masih terkejut dirinya diumum sebagai Selebriti Feminin Terhangat.
BACA: Sarah Dah Minta Maaf Dengan Ruhainies & Sophia, Harap BASS Kahwin
“Bagi saya semuanya baik-baik sahaja. Saya berada dalam industri yang sama dan lebih memilih untuk fokus kepada penghargaan ini.
“Terus-terang, saya masih terkejut kerana menang. Tak sangka nama saya yang diumumkan. Saya langsung tidak rasa disindir, mungkin itu cara Bella menyampaikan anugerah,” katanya.
Sementara itu, Sophia berkata dia meluahkan rasa syukur kerana diberi peluang untuk berdiri sebaris dengan nama-nama besar dalam industri hiburan tanah air.
Semalam, Bella menyampaikan trofi kepada Sophia sekaligus menjadi bualan ramai penonton. Turut menjadi perhatian Bella dilihat tidak bersalam mahupun memandang wajah Sophia ketika menyerahkan trofi.
Sumber: Utusan Online




