Tak Sangka Ada Pembeli! Aliff Syukri & Shahida Terkejut Dua Beg Tangan Eksklusif Bersalut Batu Swarovski RM95,000 Laku Sekelip Mata

Tak Sangka Ada Pembeli! Aliff Syukri & Shahida Terkejut Dua Beg Tangan Eksklusif Bersalut Batu Swarovski RM95,000 Laku Sekelip Mata

Pasangan usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida tidak menyangka dua beg tangan edisi terhad jenama Samma, yang diperbuat daripada denim dan disalut kristal asli Swarovski, berjaya dijual ketika sesi siaran langsung di TikTok.

Menerusi video siaran langsung tular di TikTok, Shahida menjelaskan kedua-dua beg eksklusif berharga RM45,000 dan RM50,000 itu mahal kerana menggunakan kristal asli dari Swarovski dan hanya ada satu unit sahaja.

Susulan itu, suasana siaran langsung bertukar gamat apabila mereka dimaklumkan kedua-dua beg tersebut telah pun berjaya dijual kepada pembeli misteri.

“Ada orang beli dua-dua beg ni? Betul ke? Kami sendiri akan serahkan sijil dan beg ini kepada pembeli. Kami akan hubungi mereka dan hantar sendiri,” ujar mereka.

Dalam kesempatan itu, kedua-dua pasangan itu turut sempat menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang luar yang tidak henti memberi sokongan kepada bisnes mereka.

@maroseaslegacy

Datin & Dato terkejut bila Beg denim bersalut Swaroski berharga 45k & 50k pemilknya orang klang #alifsyukriterlajaklaris #shahidadherbs2 #begdenim #begdeminswaroski #begdenimworlofrecod #denimberlian #rezeki #maroseaslegacy #CapCut

♬ bunyi asal – Marose AS Legacy – Marose AS Legacy

Sementara itu, Aliff difahamkan telah berjaya merampas takhta pempengaruh terkenal, Khairul Aming apabila berjaya mencapai jualan RM1 juta di TikTok dalam masa 2 minit 32 saat.

Pencapaian tersebut sekali gus melayakkan Aliff atau nama lengkapnya, Aliff Syukri Kamaruzaman, 38, meraih Malaysia Book of Recordds bagi kategori Jualan Terpantas Menerusi TikTok Live di Malaysia.

Scroll to Top