Oh! Tidak
Gambar dua senior yang dikaitkan dengan kes Zara mula tersebar. Netizen desak siasatan penuh
Sejak kes tragik melibatkan pelajar bernama Zara Qairina menjadi tular, makin banyak pendedahan yang mengejutkan mula timbul satu demi satu.
Terbaru, nama dua pelajar senior dari Tingkatan 4 pula dikaitkan dengan insiden tersebut. Mereka dikenali sebagai Kak Dedeng dan Kak Potet (nama sebenar Dyra dan Putri). Mereka ini dipercayai sebahagian daripada kumpulan senior yang dinamakan sebagai “circle19”.
Menurut perkongsian Zara sendiri kepada ibunya sebelum ini, rakan baiknya Yasmin pernah diajak bertemu dengan kumpulan senior berkenaan, gara-gara satu fitnah kononnya Yasmin bercakap buruk tentang seorang lagi senior yang dikenali sebagai Kak Minas.
Gambar didedahkan oleh junior sekolah berkait kes Zara Qairina…
Sejak pagi tadi, gambar beberapa individu yang dikaitkan sebagai Kak Dedeng dan Kak Potet mula tersebar di media sosial. Individu yang memuat naik gambar-gambar ini dipercayai merupakan junior dari SMKA Tun Datu Mustapha sendiri.
Menurutnya, dia tampil berkongsi gambar bukan untuk memburukkan mana-mana pihak, tapi demi menuntut keadilan untuk arwah Zara.
Saya junior dari SMKA Tun Datu Mustapha. Saya ada gambar Kak Dedeng. Saya share gambar ni bukan bermaksud untuk memburukkan, cuma saya ingin orang ramai tahu siapa wajah sebenar seorang Kak Dedeng. Saya harap berbuat begini dapat keadilan untuk arwah Zara.- Katanya.
Harap rakan-rakan jangan terus membisu, tolong lindungi Yasmin…
Ramai yang percaya, kebenaran tentang apa yang sebenarnya berlaku kepada Zara hanya boleh didedahkan jika lebih ramai tampil bersuara. Namun begitu, ramai yang dikatakan masih takut untuk menjadi saksi dan hanya berkongsi di media sosial.
Netizen kini mula mendesak agar individu yang rapat dengan Yasmin dapat tampil dan bantu melindungi gadis itu, sekaligus mendorong siasatan dijalankan dengan lebih telus.
Semua rakan janganlah membisu. Yang mana dekat dengan Yasmin, tolong lindungi dia.- Netizen.
Dengan lebih banyak gambar dan maklumat mula tersebar, tekanan terhadap pihak berkuasa semakin tinggi agar kes ini disiasat secara menyeluruh.
Pssttt! Ohmedia rasa sudah tiba masanya untuk kita semua buka mata dan jangan pandang ringan isu buli di sekolah, terutamanya yang melibatkan pelajar perempuan. Jangan takut untuk bersuara kalau korang tahu kebenaran dan cepat laporkan pada pihak polis. Setiap satu maklumat boleh bantu tegakkan keadilan buat arwah Zara.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!






