asmaini@mediaprima.com.my
Sempena sambutan Hari Kesihatan Kulit Sedunia baru-baru ini, guardian Malaysia mengadakan kempen besar-besaran selama sebulan bertemakan ‘Skin So Super.’
Ia diadakan bagi menghargai peranan penting organ terbesar badan itu dalam kesihatan dan kesejahteraan menyeluruh.
Kemuncak inisiatif itu ialah pengalaman atrium Skin So Super pertama yang diadakan di pusat beli-belah Sunway Pyramid pada 26 dan 27 Julai lalu.
Pengarah Pemasaran guardian Malaysia, Anna Ng berkata, acara berkenaan menghimpunkan lebih 100 jenama dan penasihat yang dipercayai untuk memberikan pengalaman membeli-belah penjagaan kulit dan kesejahteraan menarik dengan nasihat tepat daripada pakar.
Katanya, kempen itu adalah bayangan berkenaan bagaimana pelanggan perlu menjaga kulit dan kesejahteraan diri mereka secara keseluruhan.
“Apabila kulit sihat, kesejahteraan akan menyusul dan begitu juga sebaliknya, apabila dalaman sihat, luaran kita juga akan bersinar.
“Ini yang mendorong kepercayaan kami bahawa penjagaan kulit bukan hanya untuk penampilan, tetapi juga untuk keseimbangan dalaman dan penjagaan luaran kulit.
“Kami percaya bahawa guardian Malaysia sebagai peruncit kesihatan dan kecantikan utama adalah destinasi pilihan yang dipercayai untuk segala keperluan penjagaan kulit,” katanya.
Sementara itu, pengunjung pada acara dua hari berkenaan berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik yang diadakan antaranya kelas kecantikan, bengkel penjagaan kesihatan kulit, pemeriksaan kulit, permainan dan banyak lagi.
Jenama yang menyokong kesihatan dan kesejahteraan dalaman juga turut diketengahkan membantu orang ramai mendapatkan kulit yang sihat serta berseri dari dalam ke luar.
Selain itu, orang ramai juga berpeluang mendapatkan nasihat peribadi berkaitan penjagaan kulit daripada ahli farmasi guardian dan penasihat kecantikan jenama yang mengambil bahagian.
“Segala-galanya adalah untuk pelanggan kami. Kami mahu mereka rasa dihargai, dapat belajar dan berkembang,” kata Anna lagi.
© New Straits Times Press (M) Bhd