Mak Cik Kemboja Diceraikan Secara Live Di TikTok, Suami Lafaz Talak Di Komen

Mak Cik Kemboja Diceraikan Secara Live Di TikTok, Suami Lafaz Talak Di Komen

Oh! Tidak

Mak Cik Kemboja diceraikan suami secara LIVE ketika berada di mahkamah.


Mak Cik Kemboja atau nama sebenarnya Mariyah Yaakob yang sebelum ini pernah tular kerana menghina Melayu malas sekali lagi berdepan dugaan berat.

Kali ini, Mak Cik Kemboja berkongsi detik dirinya diceraikan oleh suami, dikenali sebagai ‘Mr. S’, secara live di media sosial pada 7 Ogos 2025.

Mak Cik Kemboja diceraikan, 200 mata melihat

Lafaz cerai itu dibuat ketika beliau berada di Mahkamah Syariah Johor Bahru untuk memfailkan perceraian terhadap suaminya.

Ketika di mahkamah, Mak Cik Kemboja sempat membuat live di TikTok dan ketika itulah ‘Mr. S’ menulis lafaz talak di komen.

15 tahun rumah tangga runtuh kerana orang ketiga

Mak Cik Kemboja

Menurut perkongsian beliau, rumah tangga yang dibina lebih 15 tahun berakhir bukan kerana ketiadaan cinta, tetapi disebabkan kehadiran orang ketiga yang didakwa tidak tahu menghormati hubungan perkahwinan orang lain.

Berakhirlah sebuah kisah… lebih 15 tahun dibina, akhirnya runtuh bukan sebab tiada cinta, tapi kerana hadirnya orang ketiga yang tak tahu erti hormat.

Meskipun pahit untuk diterima, Mak Cik Kemboja reda kerana percaya Allah mengetahui siapa yang benar-benar teraniaya. Baginya, kadang-kadang kehilangan itu sebenarnya adalah penyelamat.

Tekad bangkit dan pertahankan hak

Mak Cik Kemboja

Mak Cik Kemboja dikatakan terlalu lama bersabar dan cuba bertahan demi anak-anak. Namun, sikap ‘Mr. S’ yang semakin menjauh dan membisu membuatkan beliau nekad untuk bangkit memperjuangkan hak sebagai isteri yang digantung tanpa tali.

Perkongsian ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memberikan kata semangat agar beliau terus kuat menghadapi ujian.

Pssttt! Pahit tapi benar, kadang-kadang perpisahan adalah jalan untuk mendapatkan kembali harga diri. Semoga Mak Cik Kemboja terus kuat melangkah dan menjadi inspirasi kepada wanita lain untuk mempertahankan maruah.

Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top