PEMAJU hartanah terkemuka, LBS Bina Group Berhad (LBS) melancarkan kempen Sambutan 100 Tahun Cameron Highlands demi menghargai pembeli setia.
Kempen tersebut turut mengangkat warisan tanah tinggi, selain meraikan kejayaan berterusan fasa terbaharu dalam pembangunan ikonik Cameron Centrum LBS, Centrum Iris.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir Dr Lim Hock San berkata, Centrum Iris bukan sekadar projek pembangunan semata-mata, bahkan ia melambangkan usaha LBS untuk memperkenalkan gaya hidup baharu di pelbagai lokasi seluruh negara.
“Selaras dengan visi strategik 8 x 8 kami, galeri jualan satelit ini membawa suasana tanah tinggi lebih dekat kepada warga kota, merapatkan jarak dan membuka lebih banyak peluang.
“Hasrat LBS adalah untuk memudahkan rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri dengan efektif, sekali gus mengukuhkan kehadiran LBS di kawasan-kawasan yang sedang pesat membangun,” katanya.
Tambah beliau, pihaknya berbangga menjadi sebahagian daripada sambutan 100 tahun Cameron Highlands tersebut.
“Kempen itu merupakan kesinambungan bermakna kepada detik sejarah yang dilakar LBS sebagai tanda penghargaan legasi tanah tinggi ini sambil menghargai para pembeli rumah yang dihormati,” ujarnya.
Kempen berkenaan berlangsung 1 Ogos sehingga 31 Disember ini yang mana pembeli Centrum Iris layak (memenuhi syarat) diberi peluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan tawaran hadiah menarik bernilai jumlah RM100,000.
Ganjaran lumayan tersebut termasuk percutian selama tujuh hari ke United Kingdom untuk dua orang, percutian mewah di tanah tinggi, peralatan elektrik, baucar membeli-belah dan pelbagai barangan menarik.
Seramai 35 pemenang bertuah bakal dipilih dan keputusan akan diumumkan pada Februari 2026.
Kempen menarik berkenaan bukan sahaja untuk memperingati warisan Cameron Highlands, malah memberikan peluang kepada pembeli Centrum Iris untuk menikmati nilai tambah menerusi pembelian dan pelaburan mereka.
Untuk kemudahan pembeli di Lembah Klang, LBS telah membuka Galeri Jualan Satelit yang terletak di aras bawah, LBS2, Petaling Jaya, Selangor.
Galeri itu mempamerkan model berskala yang terperinci, susun atur unit, dan sesi rundingan eksklusif bersama wakil jualan LBS bagi meninjau tarikan yang menanti di Centrum Iris, Cameron highlands.
Centrum Iris merupakan projek pertama yang menerima pensijilan Silver GreenRE, sekali gus menggalakkan gaya hidup lestari menerusi kemudahan seperti kawasan pengecasan kenderaan elektrik (EV), kafe atas bumbung dan 47 kemudahan gaya hidup.
Selain terletak di pusat pelancongan dan komersial strategik di Brinchang, projek tersebut menawarkan pengalaman gaya hidup yang selesa dengan kemudahan akses yang baik.
Untuk rekod, Centrum Iris merupakan pembangunan komersial terbesar di Cameron Highlands dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM472 juta.
Tidak hanya menampilkan seni bina klasik Inggeris, kemudahan moden dan elemen lestari, projek itu juga meneruskan kejayaan Presint 1 yang telah mencapai kadar huni yang penuh sejak tahun 2021.
Fasa baharu berkenaan menawarkan 705 unit kediaman dan 26 unit komersial, sesuai untuk didiami sendiri mahupun sebagai pelaburan. Untuk keterangan lebih lanjut, layari www.cameroncentrum.com.my.