am@hmetro.com.my
Kampar: Jenazah tiga sekeluarga yang maut dalam nahas membabitkan lori Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di Jalan Sultan Ismail, di Kuala Lumpur awal pagi tadi selamat dikebumikan, malam ini.
Ketiga-tiga jenazah yang tiba di perkarangan kubur kira-kira jam 10.30 malam selamat disemadikan dalam satu liang lahad pada jam 11 malam di Tanah Perkuburan Islam Kampung Air Hitam Labu, di sini.
Terdahulu, kesemua jenazah dituntut waris selepas proses bedah siasat selesai pada jam 5.45 petang di Institut Perubatan Forensik Negara (IPFN) Hospital Kuala Lumpur.
Jenazah kemudiannya dikafan dan disolatkan terlebih dahulu di Masjid Jamiul Ehsan, Jalan Pahang, Kuala Lumpur sebelum dibawa pulang ke Kampar, Perak.
Kira-kira 300 orang terdiri dari ahli keluarga, rakan-rakan dan orang kampung hadir memberikan penghormatan terakhir.
Bacaan talkin dan doa dipimpin Imam Masjid Kampung Air Hitam Labu, Yusaini Ariffin.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga beranak terbabit, Shaik Mohd Firdaus Shaikh Yahya, 53, dan dua anak perempuannya Siti Nor Sazlin, 25, serta Siti Darwisyah Auni, 12maut di tempat kejadian selepas dilanggar sebuah lori JIM dipercayai terbabas di persimpangan lampu isyarat Maju Junction, Jalan Sultan Ismail, di Kuala Lumpur.
Isteri mangsa, Norhayati Razali, 55, dilaporkan cedera parah dan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Berita berkaitan:
Lori Imigresen disyaki dilanggar sebelum rempuh 3 sekeluarga – Polis
Nahas lori Imigresen: Ciuman, usapan terakhir ibu iringi pemergian anak, dua cucu
Nahas lori Imigresen: Kertas siasatan dibawa ke AGC esok
Nahas lori Imigresen: ‘Kami mahu keadilan untuk adik dan keluarganya’
Saudara tak tahu mangsa bercuti di Kuala Lumpur
Seorang mangsa maut dilanggar lori imigresen murid SK Air Hitam Labu
Hanya tahu arwah sudah tiada pagi tadi – Anak saudara
Identiti keluarga dilanggar lori imigresen dikenal pasti
Nahas tiga sekeluarga: JIM buka siasatan dalaman, teliti SOP
Tiga sekeluarga maut : Pemandu lori Imigresen, kereta ditahan
Dilanggar lori Imigresen: Mangsa berada di kawasan selamat untuk melintas jalan
Tiga sekeluarga maut dilanggar lori Imigresen dipercayai datang bercuti
© New Straits Times Press (M) Bhd
