All-In-One, HONOR Magic V5 Peranti Terbaik Dimiliki Tahun 2025! Ini Review Jujur Kami | Branded – Oh! Media

All-In-One, HONOR Magic V5 Peranti Terbaik Dimiliki Tahun 2025! Ini Review Jujur Kami | Branded – Oh! Media

Dalam pasaran teknologi sekarang ni, banyak jenama buat comeback telefon pintar boleh lipat dengan ciri tersendiri. Tapi, persoalannya, yang mana satu lebih berbaloi untuk dimiliki?

Kalau tanya kami, sejujurnya kami pilih HONOR Magic V5 sebab memandangkan telefon pintar boleh lipat seringkali mengalami isu ketahanan, hanya HONOR saja yang beri jaminan dengan membuktikan daya tahan bersama bebanan. 

Tapi, daya tahan saja tak cukup tau, sebab bagi kami, kita mesti akan tengok fungsi yang ditawarkan bila memilih peranti betul tak? Kalau nak tahu apakah antara fungsi pada HONOR Magic V5 yang membuatkan kami pilih sebagai peranti berbaloi dimiliki, meh sini kami share. 

Ciri & Ketahanan Masih On Point Walaupun Nipis

Dari segi luaran, sejujurnya HONOR Magic V5 memang selesa untuk dipegang sebab telefon pintar ini dicatatkan sebagai telefon pintar boleh lipat paling nipis dan ringan, dengan ketebalan hanya 4.1mm dengan berat 217gram saja tau!

Walaupun begitu, HONOR Magic V5 ini mempunyai jangka hayat bateri yang kuat dan berpanjangan dengan Bateri Silikon Karbon HONOR berkapasiti 5,820mAh. Psst, bonus point, ia sokong pengecasan pantas, tak sampai sejam dah cas penuh!

Selain itu, ia dilengkapi dengan Gentian Khas Aeroangkasa untuk kerangka badan, manakala skrin luaran pula dilindungi dengan Perisai NanoCyrstal Anti-calar. Jadi, kalau skrin terkena kunci atau benda tajam, ianya tak akan mudah calar. Baguskan?

Tak cukup dengan itu, skrin dalaman HONOR Magic V5 mempunyai tiga lapisan perlindungan, termasuk teknologi bendalir bukan Newtonian, yang boleh melindungi telefon daripada impak jatuh kuat. Haa, siapa yang selalu clumsy tu, lepas ni dah tak perlu risau lagi dah. 

HONOR Magic V5 ini turut dilengkapi dengan Pengesanan Objek Asing berkuasa AI, yang akan memberi amaran jika terdapat zarah sekecil 0.8mm seperti pasir memasuki kawasan skrin lipat, serta dikuasakan dengan IP58 dan IP59 untuk kalis air dan habuk. 

Paling penting, engsel peranti ini juga diperkuatkan untuk menahan sehingga 500,000 kitaran lipatan, bersamaan dengan 100 lipatan sehari dan mampu bertahan sehingga 13 tahun! Ini pun salah satu sebab kenapa kami pilih HONOR Magic V5, sebab daya tahan lebih padu!

Selain itu, walaupun nipis, HONOR Magic V5 ini juga masih mampu untuk menawarkan kualiti kamera yang padu, dengan bantuan AI Imaging yang berkuasa. Peranti ini membawakan:

– kamera telefoto periskop 64MP dengan zum 100x

– kamera utama 50MP

– kamera ultra-lebar 50MP

– kamera swafoto 20MP

Untuk AI Imaging, peranti ini menyediakan ciri seperti AI fotografi, termasuk AI Super Zoom, AI Enhanced Portrait, dan AI Motion Sensing Capture, yang akan membantu setiap tangkapan gambar dan video menjadi cantik. 

Haa, kalau korang rasa gambar yang korang tangkap itu masih lagi belum cukup memuaskan dan perlukan suntingan, jangan risau, korang boleh guna fungsi suntingan terbina seperti AI Outpainting, AI Eraser, AI Cutout, AI Upscale dan Live Photo.

Paling penting, HONOR Magic V5 ini dikuasakan oleh pemproses Qualcomm Snapdragon 8 Elite yang paling latest, memberikan kuasa luar biasa dengan peningkatan AI, bagi memberikan pengalaman multitugas serta operasi yang lebih lancar. 

Lebih Produktif Tak Kira Tempat & Masa, HONOR Magic V5 Turut Dilengkapi Dengan AI Multitugas

Siapa yang kerja hybrid, tipulah kalau korang tak rengsek bila keluar tak bawa laptop atau tablet, tiba-tiba ada kerja urgent nak kena siapkan waktu itu juga betul tak? 

Jangan risau, kalau korang guna HONOR Magic V5, ni semua benda jadi mudah dengan AI Multitugas dan ciri Three Split Screen, di mana kami suka sangat dengan ciri ini sebab ia memudahkan segala urusan kita!

Kalau korang nak tahu, ciri Three Split Screen ini boleh mengubah peranti boleh lipat menjadi hab multitugas, membolehkan korang mengendalikan pelbagai tugasan dengan mudah secara serentak. 

Sebagai contoh, korang perlu menghadiri mesyuarat dalam talian dan perlu catat setiap perkara penting yang dibincangkan waktu itu. 

Tak perlu risau nak catat atas kertas, sebab ciri ini berupaya untuk merekod mesyuarat dengan AI Notes, pada masa sama membantu menghasilkan ringkasan menerusi AI Summaries. 

Di skrin kedua pula, korang boleh kongsi maklumat mesyuarat kepada rakan sekerja menerusi WhatsApp, sambil korang balas e-mel di skrin ketiga. Mudahkan? Semua kerja boleh dilaksanakan dalam satu masa yang sama. 

Haa, kalau korang yang baru nak belajar memasak dan tak tahu nak bezakan jenis sayur, korang juga boleh menggunakan Gemini Live ini untuk membantu mengenal pasti dengan serta merta tau!

Secara keseluruhannya, dengan adanya AI Multitugas pada HONOR Magic V5, ia dapat memudahkan dan melancarkan setiap tugasan harian dengan lebih efisien. 

Selain itu, apa yang best dengan HONOR Magic V5 ini adalah korang dah boleh berkongsi fail dan imej dengan pengguna iOS dan macOS tau! Hanya perlu muat turun HONOR Connect daripada App Store pada peranti Apple. 

HONOR Magic V5 ini juga menyokong iCloud Cloning yang membolehkan pengguna iPhone memindahkan data dengan mudah, termasuk mesej, nota, gambar, kenalan, dan kalendar ke telefon boleh lipat. 

Dapatkan HONOR Magic V5 Sekarang, Peranti Paling Kuat & Tahan Lama! 

Haa, daripada semua review ini, sejujurnya, HONOR Magic V5 adalah telefon pintar boleh lipat paling berbaloi untuk dimiliki dengan harga RM6,999 sahaja tau!

HONOR Magic V5 ini tersedia dalam empat pilihan warna elegan iaitu Dawn Gold, Ivory White, Silk Brown, dan Black, dengan storan RAM16GB dan 512GB ROM. 

Kalau korang nak jimat, korang boleh trade-in peranti lama seperti telefon pintar, komputer riba atau tablet di mana-mana kedai HONOR Experience Store berdekatan sebab korang akan dapat rebat RM400, bagi mengurangkan harga pembelian HONOR Magic V5. 

Bukan itu saja, HONOR juga menyediakan pilihan pemilikan yang lebih fleksibel melalui pelan ansuran dengan kadar faedah 0% selama 24 bulan, dengan komitmen bulanan hanya RM292 sahaja! 

Begitu mudah kan HONOR nak korang miliki Magic V5 ni? Jadi, tunggu apa lagi, jom dapatkan HONOR Magic V5 sekarang! 

Maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini. 

author avatar

Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

Scroll to Top