“Kena Rembat Ke?” – Shuib Kongsi Detik Cemas Kereta Toyota Hilang Lepas Berurusan Di Mahkamah!

“Kena Rembat Ke?” – Shuib Kongsi Detik Cemas Kereta Toyota Hilang Lepas Berurusan Di Mahkamah!

Pelawak dan usahawan, Shuib memaklumkan kereta jenama Toyata berwarna kuning miliknya secara tiba-tiba hilang.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG) miliknya, Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhamad, 41, menjelaskan kejadian tersebut berlaku ketika dia baru sahaja selesai berurusan di Mahkamah Shah Alam.

“Tadi ada urusan di Mahkamah Shah Alam, lepas urusan nak balik kete Toyota CHR kuning QLE 9949 hilang!,” katanya.

Jelas Shuib, dia tidak mengetahui sama ada kereta miliknya itu ditarik atau hilang dicuri namun meminta bantuan orang ramai untuk mencari kereta miliknya itu.

“Tak tau hilang kena rembat ke ,kena towing Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), kena tarik ke? Siapa-siapa ade info bagi tahu ya,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti berharap agar Shuib berjumpa semula keretanya itu.

Scroll to Top