Maresca pengurus baharu City

Maresca pengurus baharu City

London: Manchester City hari ini mengumumkan pelantikan jurulatih dari Itali, Enzo Maresca sebagai pengurus baharu kelab itu bagi menggantikan Pep Guardiola.

Maresca, 46, menandatangani kontrak selama tiga tahun yang akan menyaksikannya kekal di Stadium Etihad sehingga musim panas 2029.

“Manchester City sebuah kelab yang saya kenal dengan sangat baik dan peluang untuk mengendalikan pasukan ini satu peluang yang hebat buat saya,” kata Maresca yang sebelum ini pernah melatih Leicester City FC dalam Championship dan Chelsea dalam Liga Perdana Inggeris.

“City ialah kelab yang diurus dengan sangat baik. Segala yang mereka lakukan bersifat inovatif, terancang dan mempunyai tujuan yang jelas. Untuk seorang pengurus, itu adalah situasi ideal. Ia memberikan kestabilan yang saya perlukan untuk menjalankan tugas dengan berkesan.”

Maresca turut berkata: “Ini akan menjadi kali ketiga saya berada di sini. Saya kenal kelab ini, saya faham tuntutan dan saya tahu apa yang diharapkan.

“Kualiti individu yang bekerja di sini menjadikan kelab ini begitu istimewa dan saya ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi kepercayaan terhadap kemampuan saya.

“Saya tidak sabar untuk mula melatih para pemain. Saya mahu kami menang, bermain bola sepak yang menarik dan menikmati tekanan membawa nama Manchester City.”

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top