Sejak tragedi kematian Allahyarham Zara Qairina, nama ibunya, Noraidah, sering menjadi tumpuan kerana lantang menuntut keadilan.
Malah, dia sanggup memohon agar kubur anaknya digali semula demi mencari kebenaran di sebalik kisah tragis itu.
Tapi, dalam sibuk Noraidah bersuara, ramai pula tertanya-tanya, ke mana sebenarnya bapa kandung Zara? Kenapa tidak pernah dilihat bersama dalam perjuangan ini?
Bapa kandung Zara Qairina pilih untuk tidak ke depan…
Menurut pendedahan seorang individu di Facebook, bapa arwah Zara sebenarnya masih hidup. Cuma, dia sudah berpisah dengan Noraidah dan kini mempunyai keluarga baru bersama isteri lain.
Katanya lagi, walaupun bapa Zara tidak muncul di media, dia tetap hadir dalam setiap proses berkaitan kes anaknya. Kehadirannya mungkin tidak disedari ramai kerana dia memilih untuk tidak menonjolkan diri.
Dalam masa sama, individu itu menafikan dakwaan bahawa lelaki berkopiah dan berbaju putih yang dilihat bersama Noraidah adalah bapa kandung Zara. Rupanya, itu adalah bapa saudara arwah iaitu adik kepada Noraidah sendiri.
Penjelasan ini sedikit sebanyak menjawab persoalan orang ramai yang keliru dengan identiti lelaki tersebut.
Pssttt! Kadang-kadang, dalam sesuatu tragedi, tak semua pihak mahu berada di depan kamera. Ada yang memilih untuk berjuang dalam diam. Ohmedia harap korang tak cepat buat spekulasi sebelum tahu cerita sebenar.
Kredit: Facebook
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!






