Pelakon dan penyanyi, Farahdhiya mendedahkan dirinya masih menerima gangguan mesej berunsur lucah daripada individu tidak dikenali.
Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Farahdhiya memuat naik tangkapan skrin mesej seorang lelaki yang menghantar kata-kata tidak senonoh kepadanya.
Lebih menjijikkan, individu tersebut bukan sahaja memuji warna kulitnya yang ‘putih gebu’, malah berani meluahkan hasrat mahu “menjilat tapak kaki” pelantun lagu Bertakhta Di Hati itu.
“Saya tengok tapak kaki Farahdhiya, jari-jari kaki cantik… putih gebu. Saya boleh tolong jilat tapak kaki, jari-jari kaki saya isap-isap,” tulis individu tersebut.
Berang dengan gangguan itu, Farahdhiya mengakui situasi tersebut menjadi punca dia jarang membuka ruangan mesej peribadi (DM) di media sosial.
“Saya jarang nak buka DM sebab paling utama? Inilah contohnya. Kebanyakan mesej datang daripada orang bodoh dan pervert,” tegasnya.
Susulan itu, selebriti berusia 41 tahun ini menasihati orang ramai yang mempunyai urusan kerja untuk menghubungi pengurusnya secara terus.
“Jadi tolong hubungi pengurus saya untuk urusan kerja, jangan DM sebab saya jarang sangat semak. Manusia zaman sekarang…” tulisnya.





