Pelakon, Haneesya Hanee meluahkan rasa berang apabila segelintir netizen mengungkit semula kontroversi lama mengenai dirinya yang telah dikaitkan dengan isu hangat membabitkan aktres, Anna Jobling dan ibunya, Ariz Ayop.
Menerusi video di TikTok miliknya, Haneesya atau pemilik nama sebenar, Sharifah Haneesya Hanee Sayad Sahlan, 25, juga menepis dakwaan netizen mendakwa dirinya sengaja menumpang populariti isu tersebut.
Menjelaskan lebih lanjut, aktres drama rantaian Aku Bukan Ustazah berkata dia tidak pernah mengiyakan selebriti yang disebut netizen itu adalah individu yang didakwa mendedahkan videonya berada di kelab malam.
“Dulu saya tak bersuara sebab mengaku pergi minum di kelab malam. Tapi perkara itu dah lapan tahun berlalu, kenapa tiba-tiba nama aku kena petik bila timbul isu anak-beranak tu?
“Saya dah tak sebut nama si polan (Anna) dah beberapa tahun. Saya tak pernah mengiyakan atau menidakkan dakwaan kononnya dialah yang sebar video itu.
“Netizen yang memandai petik dan sebarkan perkara tak betul. Saya pun tak tahu dia ada masalah dengan mak dia,” katanya.
Mengulas lebih lanjut, Haneesya mengakui kisah silam itu meninggalkan luka paling dalam buat dirinya sehingga perlu mengambil masa untuk melupakan.
“Ingat aku tak malu dan kecewa ke? Bertahun aku cuba supaya orang lupakan kisah silam saya tapi tiba-tiba perkara ini timbul balik.
“Serius, saya nak jaga nama baik. Saya buat salah sekali tapi kenapa korang nak hukum lagi, korang semua ni Tuhan ke?,” tuturnya lagi.
Dalam masa sama, Haneesya seakan meluahkan rasa kecewa kerana dia tidak mampu untuk membayar peguam bagi mengambil tindakan saman terhadap individu yang menyebarkan video tersebut.
“Kalau korang peminat fanatik si polan tu, saya tak kisah dan tak peduli. Dia banyak tawaran kerja sampai peringkat antarabangsa.
“Saya cuma nak kerja halal bagi keluarga saya makan dan nak perbaiki kehidupan kami.
“Kalau saya ni banyak duit, dah lama saya bayar peguam saman orang. Saya kerja keras sebab nak ada duit untuk upah orang padamkan video lama aku yang tersebar dulu,” katanya.
Terdahulu, nama Haneesya kembali menjadi sebutan ramai selepas isu berkaitan kemenangannya dalam sebuah program ditarik semula susulan tular video memaparkan dirinya berhibur di kelab malam.
@haneesyahanee_ Replying to @Preloved by ODy
Terdahulu, nama Haneesya kembali menjadi sebutan ramai selepas isu berkaitan kemenangannya dalam sebuah program ditarik semula susulan tular video memaparkan dirinya berhibur di kelab malam.