Ibu kepada Anna Jobling iaitu Ariz Arop memuat naik hantaran menjelaskan sebab dia menggunakan khidmat peguam membabitkan kes dengan anaknya.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ariz berkata dia mengambil khidmat peguam selepas peguam Anna menghatar surat teguran terhadapnya dan perlu membalas melalui peguam.
BACA: “Oh Lupa Anak Saya Pelakon” – Ibu Anna Tunjuk Video Dakwa Dikunci Dalam Kereta

Bagaimanapun, Ariz meluahkan rasa kurang senang apabila ada ayat digunakan dalam dokumen berkenaan yang disifatkan tiada etika serta memberi teguran kepada peguam Anna.

“Restrain is a better word. Tak ada etika menulis. Astaghfirullahalazim. You all ingat I anjing ke? Even my lawyer said this is RUDE!” tulisnya.
Sementara itu, dalam satu hantaran Ariz berkata tiada ibu yang mahu melalui apa yang dirinya lalui serta dia menerima ujian adari Allah.