“Itu Kerja Saya” – Lama ‘Hilang’ Lepas Kes Mahkamah, Naim Daniel Sibuk Tulis Lagu

“Itu Kerja Saya” – Lama ‘Hilang’ Lepas Kes Mahkamah, Naim Daniel Sibuk Tulis Lagu

Oh! Artis

Naim Daniel dilihat sugul ketika hadir untuk penyerahan dokumen di mahkamah.


Lapor Kosmo!, penyanyi, Naim Daniel hari ini dilihat sugul dan tubuh agak susut ketika tiba di Mahkamah Sesyen Putrajaya.

BACA: Naim Daniel Mengaku Tak Bersalah, Mohon Dibicarakan

Walaupun berdepan prosiding mahkamah, Naim mengakui dia tetap mahu meneruskan kerjaya nyanyiannya serta memberi tumpuan terhadap kesihatan diri.

Sibuk dengan muzik dan mahu fokus diri

Naim Daniel

Saya cuma datang untuk penyerahan dokumen sahaja. Alhamdulillah, saya dalam baik-baik dan tengah sibuk dengan muzik saya balik. Sekarang pun saya sedang sibuk menulis lagu juga. Selain itu, saya cuma betul-betul fokus dengan diri dulu.

Dia turut berharap agar peminat tetap menantikan hasil karyanya walaupun dirinya kini berdepan kes mahkamah.

Setakat ini, alhamdulillah. Ada atau tiada (kes) itu kerja saya. Jadi, saya buat seperti biasa dan harap semua orang dapat sama-sama bersabar untuk kemas kini yang seterusnya, insya-Allah.

Mahkamah Sesyen menetapkan 19 September depan sebagai tarikh sebutan kes terhadap Naim Daniel di bawah pertuduhan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan.

Pssttt! Kes ini pasti memberi kejutan besar buat industri hiburan tempatan, lebih-lebih lagi melibatkan nama besar seperti Naim Daniel. Walaupun dia memilih untuk terus berkarya dan fokus pada diri, proses mahkamah akan menentukan segalanya. 

Kredit: Kosmo!
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Scroll to Top