Trending
Abby Abadi dedah sebab kongsi kisah anaknya, Marissa Dania demi selamatkan daripada hubungan toksik.
Pelakon dan usahawan terkenal, Abby Abadi akhirnya tampil menjelaskan sebab dia berkongsi kisah peribadi membabitkan anak perempuannya, Marissa Dania.
Menerusi Threads, Abby berkata yang sudah selama dua tahun dia membiarkan anaknya membuat pilihan sendiri dalam hubungan, namun sebagai seorang ibu, hatinya tidak lagi mampu melihat anak terus terjebak dalam keadaan yang dianggap toksik.
Saya biarkan anak merasa sendiri pahit manis jalan yang dipilih. Tapi bila saya update, itu sebab nak selamatkan anak dari hubungan toksik.
“Berkongsi bukan untuk dikeji” – Abby Abadi

Abby turut menegaskan perkongsian yang dibuatnya itu hanya melibatkan dia dan anaknya sahaja, tanpa kaitan dengan mana-mana pihak lain.
Katanya, apa yang dimahukan hanyalah doa yang baik-baik untuk keluarganya, bukannya cacian.
Berkongsi bukan untuk dikeji, tapi untuk minta doa. Doakan supaya keadaan ini terlerai dan dihentikan segala caci maki.
Netizen doakan Abby terus kuat

Perkongsian Abby itu turut mendapat perhatian ramai netizen yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar dia kekal tabah menghadapi ujian hidup.
Pssttt! Sebagai ibu bapa, kasih sayang kadang kala buat kita sanggup berkorban apa sahaja demi anak. Sentiasa doakan yang terbaik, kerana doa ibu itu tiada hijabnya.
Kredit: Threads
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.



