
Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia, Tan Pei Ling (dua dari kiri) menyampaikan plakad mockup penajaan kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (tiga dari kiri) dalam satu majlis baru-baru ini.
SHAH ALAM – Syarikat ekosistem peranti kecerdasan buatan (AI) terkemuka dunia, HONOR memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan penajaan produk bernilai RM66,066.
HONOR Malaysia bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi menerusi penganjuran RIUH Merdeka 2025 yang bakal berlangsung pada 30 dan 31 Ogos ini bertempat di tempat letak kereta Monumen Alaf Baru, Putrajaya.
Presiden HONOR South Pacific, Justin Li berkata, Merdeka adalah masa yang cukup signifikan bagi semua rakyat Malaysia bersatu dan menghargai sejarah bersama.
“Kami berbangga dapat menyumbang kepada kemeriahan sambutan RIUH Merdeka 2025 dengan penajaan produk HONOR.
“Kami berharap hadiah ini bukan sahaja menceriakan para pemenang tetapi menambahkan lagi perasaan gembira dan semangat patriotik dalam acara kebangsaan yang penting ini,” katanya.
Penajaan penting itu merupakan satu inisiatif untuk memupuk rasa bangga dan semangat perpaduan nasional dalam kalangan rakyat Malaysia ketika negara meraikan ulang tahun kemerdekaan ke-68.
Plakad mockup penajaan tersebut telah diserahkan secara rasmi kepada Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil oleh Ketua Jualan Saluran HONOR Malaysia, Tan Pei Ling dalam satu majlis pada Jumaat.
Orang ramai dipelawa untuk meraikan Merdeka bersama HONOR dan berpeluang untuk menang hadiah eksklusif termasuk telefon pintar atau tablet terbaharu.
Selain itu, terdapat sebuah photobooth bertema bomba yang unik dan lukisan potret digital percuma menggunakan tablet HONOR sepanjang acara dua hari tersebut.
Jangan lepaskan sesi istimewa bertemu dan beramah mesra bersama pelakon utama filem tempatan Legasi: Bomba The Movie pada 31 Ogos ini.
Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/my/.

