am@hmetro.com.my
Bayan Lepas: Wanita yang dikelar suami dalam kejadian di Taman Tunas Muda, Sungai Ara di sini, semalam dibenarkan keluar dari Hospital Pulau Pinang (HPP).
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam, manakala suspek yang juga suami mangsa kini masih dirawat di hospital itu.
“Isterinya dibenarkan pulang hari ini manakala suaminya sudah sedar dan berada dalam keadaan stabil di hospital berkenaan.
“Polis belum lagi mengambil keterangan daripada kedua-duanya (bagi mengetahui punca kejadian),” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Semalam, media melaporkan mengenai kejadian berkenaan yang berlaku sebelum Subuh itu, membabitkan pasangan guru sebuah sekolah di negeri ini.
Wanita berusia 28 tahun itu cedera dikelar di leher manakala suaminya berusia 30 tahun pula cedera di leher dan tangan selepas mengelar dirinya menggunakan pisau sama.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.
Berita berkaitan:
Cuba bunuh isteri, suami turut kelar diri
Terdengar jeritan ketika Subuh, ibu sempat selamatkan anak dikelar menantu
Kes kelar isteri: ‘Kami sangka mereka buat kenduri, hinggalah nampak deretan kereta polis’
© New Straits Times Press (M) Bhd