Kuching: Ahmad Nazib Johari dilantik sebagai Penasihat Undang-Undang Dewan Perniagaan Datuk Dato’ Malaysia (D.P.D.D.M.) dalam Majlis Menandatangani M.O.A. Projek Karbon Kredit Kiput Sarawak oleh Iltizam Centre Miri.
Pelantikan ini adalah langkah strategik memperkukuh aspek perundangan, integriti dan tadbir urus organisasi.
Projek Karbon Kredit Kiput Sarawak adalah inisiatif hijau yang menyokong agenda kelestarian alam sekitar melalui pengurusan hutan secara mampan, pemuliharaan biodiversiti serta penjanaan pendapatan baharu kepada komuniti tempatan melalui pasaran karbon.
Ahmad Nazib aktif dalam pelbagai sektor termasuk kebajikan, media, guaman dan korporat.
Selain memegang jawatan Pengerusi Kelab Media Profesional Malaysia serta Pengerusi Lembaga Pengarah Sinergi Perdana Sdn Bhd.
Pelantikan ini diyakini akan memperkukuh dasar, pembangunan jaringan perniagaan dan kerjasama strategik melalui pendekatan undang-undang progresif.
Majlis dirasmikan oleh Tunku Azwil Tunku Abdul Razak bersama Prof. Datuk Seri Dr Josephine Duyuk Tuah yang juga Yang Dipertua Negeri Sarawak D.P.D.D.M.
© New Straits Times Press (M) Bhd



