Oh! Tidak
Prabowo beri amaran tegas, polis akan dikenakan tindakan jika langgar prosedur kawal rusuhan.
Kalau korang ikut perkembangan dekat Indonesia sejak minggu lepas, mesti perasan suasana jadi makin tegang bila demonstrasi bertukar jadi rusuhan besar-besaran di lebih 15 wilayah.
Paling menyayat hati, seorang penunggang motosikal gig, Affan Kurniawan, 21, terkorban selepas dilanggar kenderaan taktikal polis ketika kekecohan di Jakarta.
Insiden ni mencetuskan kemarahan orang ramai, sampai Presiden Indonesia, Prabowo Subianto sendiri terpaksa turun padang bagi respon.
Polis Indonesia akan disiasat…

Prabowo dalam lawatannya ke Hospital Polis Kramat Jati, Jakarta Timur pada Isnin menjelaskan bahawa siasatan dalaman sedang dilakukan terhadap anggota yang didakwa melanggar prosedur semasa mengawal rusuhan.
Ini sedang diselidiki. Kalau ada kesalahan, akan diambil tindakan.- Katanya dengan nada tegas.
Beliau juga mengakui bahawa dalam keadaan tertekan ketika menegakkan undang-undang, ada kalanya anggota polis boleh buat kesilapan atau terpaksa bertindak di luar batas.
Rusuhan punca rakyat tak bersalah jadi mangsa…

Dalam kenyataannya, Prabowo turut menekankan bahawa kesalahan sebenar tetap terletak pada pihak yang mencetuskan rusuhan hingga rakyat tak berdosa jadi mangsa.
Polis kadang-kadang, ya namanya menegakkan hukum, ada yang khilaf, ada yang keterpaksaan.
Tapi kalau ada korban, yang benar-benar salah adalah mereka yang membuat rusuhan sehingga rakyat tidak berdosa menjadi mangsa.- Katanya lagi.
Walaupun ada anggota yang dikritik kerana cara mereka mengawal situasi, Prabowo tetap menegaskan supaya masyarakat jangan lupa akan pengorbanan pasukan keselamatan.
Tapi jangan lupa, puluhan petugas juga berkorban. Polis siang malam menjaga keamanan.- Ujarnya.
Pssttt! Dalam apa jua keadaan, rusuhan bukan jalan penyelesaian. Bila emosi kuasai diri, orang tak bersalah pula yang jadi mangsa. Ohmedia nasihatkan, kalau nak tuntut keadilan atau suarakan pendapat, buatlah ikut saluran yang betul. Ingat, keselamatan rakyat patut sentiasa diutamakan.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




