“Kerja Penat-Penat Bayar RM50 Je, Isi Minyak Pun Tak Full” – Hantaran Di Threads Curi Perhatian, Elvina Mohamad ‘Sound’ Siapa?

“Kerja Penat-Penat Bayar RM50 Je, Isi Minyak Pun Tak Full” – Hantaran Di Threads Curi Perhatian, Elvina Mohamad ‘Sound’ Siapa?

Pelakon Datin Elvina Mohamad mencuri perhatian selepas berkongsi hantaran menerusi platform Threads miliknya.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak, Elvina atau nama lengkapnya Norzalina Mohamad, 30, seakan-akan meluahkan rasa kecewanya apabila  individu yang disifatkan hanya pandai berlagak sebagai seorang yang berjaya di media sosial itu culas menunaikan janjinya.

“Di media sosial bukan main potray diri macam baik  dan berjaya. Show off itu ini tapi realitinya…Perangai.

“Guna service orang, janji nak bagi komisen tetapi hakikatnya individu yang dipanggil A***s konon high salary tu hanya bagi RM50 sahaja.

“Nak isi minyak kereta pun tak full. Tak baik aniaya orang cik kak oii,” katanya.

Scroll to Top