Biasanya bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, kita bayangkan pancaragam, pasukan beruniform, dan Jalur Gemilang berkibar megah. Tapi tahun ni, ada sesuatu yang lain macam buat orang terkejut, Trak Susu Fernleaf pun join sekali ke??
Ya, betul! Bukan sebagai perarakan rasmi, tapi Trak Susu Fernleaf hadir di sambutan Hari Kebangsaan untuk meraikan rakyat dengan minuman percuma yang penuh khasiat.
Siapa sangka jenama susu kegemaran keluarga Malaysia lebih 40 tahun ni boleh buat comeback paling unexpected dalam sambutan Hari Kebangsaan?
Dipercayai Dari Generasi Ke Generasi
Sejak dulu lagi, Fernleaf memang dekat di hati rakyat Malaysia. Dari sarapan pagi sebelum sekolah sampai la ke minuman susu panas sebelum tidur, susu penuh khasiat dari New Zealand ni dah jadi sebahagian daripada rutin harian kita.
Lebih empat dekad, Fernleaf bukan sekadar susu, ia adalah warisan kepercayaan yang turun-temurun, jadi pilihan setiap keluarga untuk memastikan detik bersama lebih bermakna.
Dari Perarakan Ke Seluruh Negara
Kalau anda perasan dalam video terbaru Fernleaf, memang jelas kelibat Trak Susu Fernleaf meluncur bangga di Perarakan Hari Kebangsaan, sebelum memulakan jelajah ke seluruh negara.
Bukan sekadar perjalanan, tapi ia menjadi simbol bagaimana Fernleaf sentiasa ada dalam kehidupan rakyat Malaysia dari bandar besar hingga ke pekan kecil membawa kegembiraan, khasiat, dan rasa kebersamaan di detik-detik penuh makna.
Nikmati Minuman PERCUMA, Koleksi Rare & Hadiah Emas
Bermula 1 September hingga 31 Oktober 2025, Trak Susu Fernleaf akan berhenti di lokasi terpilih di Semenanjung Malaysia. Antara yang menanti anda:
- Sampel minuman PERCUMA: Ada Teh Tarik Panas, Ais Sirap Bandung yang menyegar, semuanya dibuat dengan Fernleaf Full Cream Milk Powder. Jangan lupa cuba Ais Coklat yang berkrim, khas dengan Fernleaf Family Chocolate Milk Powder.
- Magnet Peti Sejuk Vintaj Fernleaf Edisi Terhad: Jadi antara 30 pelawat terawal di setiap lokasi, follow TikTok Fernleaf & kongsikan momen trak susu, anda akan dapat 1 daripada 5 rekaan eksklusif.
Menangi Emas & Hadiah Eksklusif Bersama Fernleaf

Bukan itu saja, Fernleaf juga nak hargai rakyat Malaysia dengan cara besar-besaran melalui Peraduan Beli & Menang dari 1 September – 30 November 2025. Antara hadiah lumayan yang menanti:
- Hadiah Utama: HABIB Emas Halus 12g bernilai RM6,830
- Hadiah Pertama: HABIB Emas Halus 9g bernilai RM5,200
- Hadiah Kedua: HABIB Emas Halus 5g bernilai RM3,060
- Hadiah Mingguan: 50 unit Fernleaf Vintage Cooler Bag untuk dimenangi setiap minggu!
Anda berpeluang menang jongkong emas 999.9 dan Fernleaf Vintage Cooler Bag.
Cara Penyertaan Pun Mudah:
Langkah 1: Beli mana-mana produk Fernleaf bernilai RM20 dalam satu resit.
Langkah 2: Ambil gambar resit.
Langkah 3: Hantar melalui WhatsApp bersama nama penuh dan nombor IC anda ke 016-212 2260.
Jangan Lepaskan Peluang ‘Jumpa’ Trak Susu Fernleaf di Lokasi Berhampiran
Sempena bulan Merdeka & Hari Malaysia ni, Fernleaf bukan sekadar jenama, ia adalah sebahagian daripada warisan, keluarga, dan kegembiraan harian rakyat Malaysia.
Jangan lupa singgah Trak Susu Fernleaf dari 1 September – 31 Oktober 2025.
Lepas lebih 40 tahun, Fernleaf masih kekal bersama kita, menyatukan keluarga, menyemai nilai, dan meraikan Malaysia dengan setiap tegukan berkrim penuh khasiat.
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.



