Siapa sangka selepas 11 tahun berkhidmat, bekas pembantu peribadi kepada penyanyi dan aktivis terkenal, Mizz Nina, dipecat tanpa alasan yang kukuh.
Memetik laporan Utusan, Nur Haniza Mohd Azhar menfailkan kes di Mahkamah Perusahaan untuk menuntut keadilan bagi kes penamatan kerja secara tidak adil tersebut.
Bekas PA Mizz Nina dapat tuntut RM55,000
Peguam Haniza, Mohamad Nasruddin Ab Rahman dari Tetuan Nas Rahman & Azri Abdullah berkata, Nur Haniza akhirnya berjaya menerima pampasan sebanyak RM55,000.

Persetujuan itu dicapai selepas rundingan di luar Mahkamah Perusahaan. Haniza sebelum ini diberhentikan kerja secara tidak adil pada 30 April 2024.
Beliau menjelaskan bahawa mengikut Akta Perhubungan Perusahaan 1967, Haniza berhak menuntut pampasan maksimum 24 bulan gaji dan bayaran sebagai ganti pemulihan kerja.
Meluahkan rasa syukur, Nur Haniza berharap orang ramai yang ditindas tidak gentar membawa ke muka pengadilan jika mempunyai bukti yang kukuh.
Tidak kira setinggi mana darjat majikan tersebut, jika kita berada di pihak yang benar, teruskan perjuangan. Simpan segala dokumen sebagai bukti untuk memudahkan urusan di mahkamah.
Terdahulu, Nur Haniza nekad membuat laporan ke Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) mendakwa tidak menerima gaji serta pampasan seperti dijanjikan walaupun telah berkhidmat lama tanpa kontrak bertulis.
Pssttt! Keteguhan Haniza membuktikan bahawa keberanian menuntut hak mampu membawa kemenangan. Semoga kes ini jadi pengajaran buat semua pekerja untuk tidak berdiam diri jika ditindas.
Kredit: Utusan
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.




