PM Anwar dedah pemimpin luar kagum inisiatif SARA, contohi kerajaan MADANI

PM Anwar dedah pemimpin luar kagum inisiatif SARA, contohi kerajaan MADANI

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang diberikan RM100 kepada individu berusia 18 tahun ke atas bukan sahaja dihargai rakyat, malah menjadi perhatian pemimpin luar negara yang mengakui sukar melaksanakan perkara sama di negara mereka.

 pemimpin luar

Pemimpin luar contohi kerajaan MADANI

Memetik laporan daripada Bernama, beliau menyatakan pemimpin luar iaitu Perdana Menteri Vietnam, Pham Minh Chinh telah memberikan RM50 kepada setiap rakyat dimana sebelum itu ada bertanyakan perihal pelaksanaan SARA kepadanya.

“Perdana menteri Vietnam (Pham Minh Chinh) baru-baru ini umumkan bantuan kepada rakyat sekitar RM50 seorang, dia tanya saya macam mana (laksanakan bantuan seperti SARA)…
Kita belanja RM15 bilion untuk SARA ni. Bila kita cakap soal SARA, ada yang mencemuh, tapi mereka lupa bahawa itu tambahan kepada SARA dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR),” katanya ketika berucap pada majlis penutup program Madani Rakyat di Kompleks Sukan Majlis Daerah Baling.

Ada pemimpin luar lakukan hal

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa kejayaan sesebuah negara bukan hanya dilihat pada angka pelaburan, tetapi pada kemampuan kerajaan mengagihkan kemakmuran secara adil hingga rakyat di kawasan pedalaman turut merasai manfaat.

“Dalam kerajaan Madani kita teruskan beri tumpuan dan perhatian dalam soal pembangunan wilayah dan desa…dan dari segi bantuan langsung kepada rakyat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan semua pemimpin sama ada di negeri mahupun negara agar tidak menyalahgunakan kuasa.


“Harapan saya, rakan-rakan faham. Jangan rasuah, jangan curi harta rakyat.
“Kita kena jaga supaya jamin kehidupan rakyat lebih baik. Negara mesti aman, ekonomi pula mesti kukuh,” tegasnya.

Artikel lain: Nurul Izzah berpakat dengan MB Selangor, beri RM100 diterima untuk insan memerlukan

Sekadar info, penghargaan SARA adalah secara one-off sebanyak RM100 yang boleh dibelanjakan mulai 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.

Kelayakan Penghargaan SARA adalah secara automatik berdasarkan data pemegang MyKad Warganegara Malaysia sehingga 31 Julai 2025 daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Sumber: Bernama

Scroll to Top