Isteri kepada penyampai radio popular, Fizi Ali iaitu Siti Zulaikha mendedahkan, suaminya itu merupakan seorang yang sentiasa memberikan layanan terbaik kepadanya sejak hari pertama berkahwin.
Kata Zulaikha atau lebih mesra disapa Mamatiz, Fizi bukan sahaja memudahkan urusannya menyediakan barangan rumah malah sentiasa ringan tulang.
“Macam ni lah suami saya manjalan sejak sehari selepas lafaz nikah dulu. From the very beginning, he made everything feel so effortless untuk saya.
“Dulu kalau nak beli barangan dapur kena pergi mall, sekarang tak perlu keluarrumah langsung. Semua barang sampai terus depan pintu.
“Saya cuma perlu sediakan tempat untuk letak bahan-bahan itu sahaja. Betul-betul mudahkan kerja dan ringankan tanggungjawab saya.
“Alhamdulillah for a husbandyang sentiasa buat semuanya mudah. Terima kasih suami. I love you,” katanya.

Perkara itu dikongsi Zulaikha menerusi hantaran di ruangan Instagram Story (IGS) miliknya.
Sekadar info, Fizi dan Zulaikha mendirikan rumah tangga pada 23 Oktober 2023.
Hasil perkahwinan hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu, Nurraisya Sofea yang kini berusia setahun.
Terdahulu, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Shakilla Khoriri pada 18 Januari 2018 namun berpisah pada Disember 2021.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka mempunyai seorang anak perempuan, Ameena Sofea, kini berusia enam tahun.




