hafidzul@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Polis Kuala Lumpur melaksanakan Kempen Operasi Patuh Undang-Undang (PUU) di sekitar jalan utama di ibu kota bermula semalam.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, Kempen Advokasi OP PUU bertujuan untuk mendidik setiap pengguna jalan raya akan kepentingan mematuhi peraturan di jalan raya terutama di pusat bandar Kuala Lumpur.
“Advokasi kali ini dijalankan dengan menyerahkan notis advokasi kepada pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan kecil jalan raya tanpa diisukan saman.
“Sehingga semalam sebanyak 500 notis advokasi, 24 notis Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 126 notis Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan empat kenderaan dikenakan tindakan tundaserta 24 kenderaan diperiksa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, advokasi OP PUU akan diteruskan sehingga ke satu tempoh yang akan ditetapkan dan tindakan saman akan diambil selepas tamat tempoh advokasi.
“Dalam kempen ini juga pihak polis turut mendapat kerjasama baik daripada DBKl dan JPJ.
“Kempen ini dijalankan kerana masih ramai ramai masyarakat kita yang masih leka, tidak patuh undang-undang jalan raya dan Peraturan Lalu Lintas,”katanya
© New Straits Times Press (M) Bhd




