“Ada Yang Suruh Saya Diam Atau Dia Yang Akan Diamkan. Okay, Try Me!” – Abby 

“Ada Yang Suruh Saya Diam Atau Dia Yang Akan Diamkan. Okay, Try Me!” – Abby 

Pelakon Abby Abadi tidak hanya berdiam diri apabila ada netizen yang seolah lebih tahu mengenai isu membabitkan anaknya, Marissa Dania.

Menerusi satu hantaran di Threads, Abby dilihat menyelar kenyataan seorang individu yang berlebihan serta meminta untuk diam jika tidak tahu perkara sebenar. 

BACA: Abby Abadi Dedah Marissa Dania Mahu Diselamatkan

Dalam hantaran tersebut, individu berkenaan seolah menyindir Marissa tidak bersalah dalam hal tersebut serta mendakwa pempengaruh itu mungkin tidak sedar apabila berkahwin dengan suami orang.

Sementara itu, dalam satu perkongsian Abby berkata ada netizen yang memintanya untuk berdiam diri dan jika dia tidak berbuat demikian individu tersebut akan ‘diamkan’ diriya. 

“Kalau saya tidak diam, dia akan diamkan. Okay cubalah. Sembang bukan main lagi walhal satu benda pun tidak boleh nak selesaikan, marilah kalau berani,” katanya.


Scroll to Top