Abby Abadi Tak Berminat Cakap Pasal Orang Lain, Beri Perhatian ‘Selamatkan’ Marissa – “Cukuplah Dengan Makian Mereka Yang Terpaling Sempurna”

Abby Abadi Tak Berminat Cakap Pasal Orang Lain, Beri Perhatian ‘Selamatkan’ Marissa – “Cukuplah Dengan Makian Mereka Yang Terpaling Sempurna”

Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi menegaskan tidak berminat untuk mengambil tahu dan bercakap perihal orang lain.

Ini kerana, tumpuan dan perhatiannya kini hanyalah untuk anak perempuannya, Marissa Dania.

Kata Abby atau nama lengkapnya, Arbaiyah Abdul Manan, 47, apa yang penting sekarang ini adalah membantu Marissa ‘keluar’ daripada hubungan toksik melibatkan rumah tangganya.

“Saya tak berminat nak bercakap pasal orang lain. Tumpuan dan perhatian saya hanya pada anak saya, Marissa Dania untuk dia keluar dari keadaan sekarang.

“Cukuplah dengan makian dan cacian mereka yang ‘terpaling sempurna’ selama ini,” katanya.

Perkara itu dimuat naik Abby menerusi hantaran terkini di platform Threads miliknya pada Isnin.

Mengulas lanjut, anggota kumpulan Elite itu juga berharap agar segala kata-kata cacian dan makian yang dilemparkan terhadapnya tidak memberi kesan kepada keputusan Marissa untuk terus berada dalam situasi yang ‘membodohkan’ dirinya sendiri.

“Harap hinaan dan caci  maki tu buat anak saya tetapkan hati dia untuk tidak berada di situasi yang membodohkan diri sendiri,” jelasnya.

Di akhir hantaran berkenaan, Abby sempat berpesan, apa yang dikongsikan adalah berkaitan anaknya sekali gus tidak mahu mana-mana pihak memutar belitkan cerita dan berharapMarissa bijak mengatur kehidupannya selepas ini.

“Semua pasal anak saya ni tau. Tak payah pusing-pusing.

“Semoga anak saya bijak mengatur kehidupannya selepas ini. Tolonglah ya Allah,” kongsinya.

 

Scroll to Top