Fattah Amin, Amira Othman Nikah Ahad Ini

Fattah Amin, Amira Othman Nikah Ahad Ini

Pelakon Fattah Amin buat kejutan bila muncul di pentas semasa Amira Othman menyanyi bersama Irfan hari ini. Di situlah Fattah Amin melamar Amira Othman dan umumkan mereka akan berkahwin pada 14 September, tarikh sama dengan ulang tahun kelahirannya yang ke-35.

Hujung persembahan, Irfan serahkan kunci kepada Fattah sebagai simbolik, kemudian Fattah berikan pula kunci itu kepada Amira. Tenang di atas pentas, Fattah umumkan:

“Mesti ramai yang pelik saya ada di majlis pelancaran Rasa & Takdir. Sebenarnya hari ini saya dan Amira ada berita baik nak kongsi. Selepas beberapa lama berkenalan, kami insya-Allah ingin bertukar status daripada rakan sekerja kepada rakan serumah.”

Majlis itu turut disaksikan ibu bapa Amira yang hadir sebagai penonton. Lepas umum berita gembira, pasangan ini terus beredar tanpa beri ulasan lanjut.

Sebelum ini memang kecoh di media sosial tentang Fattah bakal menamatkan zaman duda. Spekulasi makin kuat lepas dia kerap dikaitkan dengan Amira.

Kini, semuanya terjawab bila Fattah sendiri sahkan mereka bakal disatukan minggu ini.


Scroll to Top