Malaysia tuan rumah ASEAN PAC Ke-21 Oktober ini

Malaysia tuan rumah ASEAN PAC Ke-21 Oktober ini

mhafis@mediaprima.com.my

Putrajaya: Malaysia menjadi tuan rumah dalam mesyuarat ASEAN Parties Against Corruption (ASEAN PAC) Ke-21 yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Oktober ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, objektif ASEAN PAC yang dianjurkan SPRM adalah mengukuhkan kerjasama serantau melalui perkongsian pintar antara sektor awam-swasta dalam memerangi rasuah.

Menurutnya, mesyuarat ini akan disertai 10 negara ASEAN dan organisasi antarabangsa selain Timor-Leste yang menjadi negara pemerhati.

“Ia juga akan memberi peluang kepada SPRM untuk menerangkan inisiatifanti rasuah yang telah dijalankan kepada negara lain dan pada masa sama mendapatkan pandangan mereka mengenai usaha yang telah mereka lakukan,

“Penganjuran mesyuarat ini akan membolehkan Malaysia mendapat penilaian yang baik kerana melaksanakan inisiatif mendatangkan manfaat kepada negara lain dalam aspek meningkatkan Indeks Persepsi Rasuah (CPI),” katanya dalam temubual khas di Ibu Pejabat SPRM semalam.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top