Pengurus Beri Bayangan, Siti Nurhaliza Bakal Perform Di Majlis Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman?

Pengurus Beri Bayangan, Siti Nurhaliza Bakal Perform Di Majlis Perkahwinan Fattah Amin & Amira Othman?

Pengurus pelakon popular, Fattah Amin iaitu Aca atau nama sebenarnya, Sakirin Shak mencuri perhatian apabila video miliknya tular ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok.

Video berdurasi dua minit lebih itu memperlihatkan Aca sedang membaca komen-komen yang diberikan peminat sebelum terkejut menerima ‘gift’ dari penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Teruja apabila melihat kelibat Siti mengikuti siaran langsungnya, Aca sempat berseloroh dengan bertanyakan sama ada penyanyi tersohor itu sudi hadir ke majlis hari bahagia Fattah dan Amira yang bakal berlangsung pada Ahad ini.

“Ni  nikah betul tau, wow! Thank you Siti Nurhaliza. Eh, adakah ini TokTi?

“Ya Allah, TokTi lah…. Terima kasih. Ya Allah Datuk Seri Siti Nurhaliza masuk saya punya live.

“Tokti, Tokti sudi ke nak datang yang nikah ni… Ke, TokTi nak datang yang nanti sahaja. Tak apa, nanti saya call Kak Rozi okay,” katanya.

Dalam pada itu, Aca juga seakan-akan memberikan ‘hint’ bahawa Siti bakal membuat persembahan di majlis perkahwinan tersebut.

“Ini bukan tipu ya, saya dah tengok profile tu. Tokti nyanyi wedding nanti? Confirm lah. Tokti sangat supportive tau.  Beliau punya humble tak tahu nak cakap macam mana,” jelasnya.

 

Scroll to Top