Foto Bermain Pickleball Tular, Mickey Ayo Lebih Terbuka Kongsi Foto Berdua Dengan Nora Danish

Foto Bermain Pickleball Tular, Mickey Ayo Lebih Terbuka Kongsi Foto Berdua Dengan Nora Danish

Kontroversi mengenai ‘cinta baru’ pelakon jelita, Nora Danish bersama jejaka berstatus duda anak dua, Mickey Ayo kembali menjadi bualan dalam kalangan peminat.

Mana tidaknya, usahawan berjaya itu dilihat secara terbuka berkongsi foto mereka berdua menerusi perkongsian di ruangan Instagram Story (IGS).

Malah, foto tersebut turut diselitkan dengan lagu berjudul, Surat Hati nyanyian Devano Danendra sebagai muzik  latar.

Tidak habis disitu, menerusi perkongsian video pendek, foto tular itu diambil usai kedua-duanya menghabiskan masa bersama-sama bermain ‘pickleball’.

 

Scroll to Top